BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
Glitter Words


Glitter Words

Friday, August 26, 2011

LastDay Keje....." Selamat Hari Raya "



Hari nie last day aku keje ...aku ambik cuti selamat 4 hari bermula 29 Ogos hingga 6 Sept ...raya sakan la wei. Tahun nie giliran aku beraya di sini ...huhuhu....(dalam hati kalau beraya kat kampung kan best) nak buat mcmana kena la ikut giliran baru la adil yok....tapi raya kedua aku dah cabut blk kpg aku plak kans....Dikesempatan nie aku nak menyusun sepuluh jari ...(x cukup jari tangan, aku + jari jerami kakiku yang ada heheheh gurau jek...) nak mohon ampun dan maaf jika selama aku berblogger disini aku menggunakan bahasa2 yang x sepatutnya...hingga menguris perasaaan owg yang membacanya,,, dan kepada sahabat-sahabat seperjuangan ku aku juga ingin memohon maaf jika sepanjang persahabatan kita aku ade terkasar bahasa , tersilap kata.....terngumpat....terpukul...termakan....terambil.....dan mcm2 ter....la...aku pun dah terlupa....aku mohon ampun dan maaaaaafffffffffffffffffffff zahirrrrrrrrr & Batinnnnnnnnn..............:)
Pandu dengan selamat semoga kalian selamat sampai kekampung halaman and back to work ok....hayati pantun ini dengan berhemah....

Buah pauh ditengah bendang

Jadi dagangan ditengah kota

Saudara jauh datang bertandang

Bermaaf-maafan sesama kita

Sungguh rendang pohon rumbia

Tempah persingahan si anak kera

Ketupak rendang sudah tersedia

Jemputlah semua menjamu selera

Sungai disusur sehari-hari

Dalam gelap menangkap ikan

Kami menyusun sepuluh jari

Salah dan silap harap maafkan

Disisir diandam dengan cekap

Potong rambut pelbagai gaya

Puasa sebulan sudahlah lengkap

Kita menyambut Hari Raya

Monday, August 22, 2011

Dhiya Qalesya Awliya

Qalesya - 2 days



mak aiii....bebelit lidah mak ngah nak menyebut nama baby mak anjang & pak anjang.....

panjang betol nama anak ko sahak ooi.....makna nama dia kasih dot dot dot dah lupa la.....

Berjaya jugak makngah pujuk pak ngah balik kpg semata-mata nak tgk baby qalesya yg comel & cute ....lahir secara normal ,berat 2.6kg...tgk macam ada iras ayah dia ..idung ikut ayah mancung...bibir ikut mama dia ...so cute...semoga qalesya menjadi anak yg soleha . Ahad semalam qalesya dah balik perak, berpantang kat sana, 2 bulan lagi baru balik melaka, nenek pulak jaga qalesya bila mama dia dah keje....nie anak buah ke 2 bagi aku...cucu mak semuanyer gegirls...mgkin lepas nie dapat plak cucu boy InsyaAllah....

Friday, August 19, 2011

AiNa DapaT AdiK.....

Syukur Alhamdullilah....aina dapat adik sepupu baru gegirl anak my bro sahak & miera.....lahir mlm semalam lebih kurang jam 10 lebih , aku dapat call dari my bro cakap miera dah selamat bersalin....wah bestnyer tak sabar makngah nak gi tengoh anak buah mak ngah nie.....mesti comel cam mak & ayah dia kan....pagi tadi call mak tanya mcm mana baby sihat ke....mak pun x dapat nak tengok cucu dia lagi sbb miera High blood pressure so doktor tahan dia kat labour room.....baby Alhamdullilah sihat... Atuk & nenek dari perak pun dah sampai diorg bertolak lepas berbuka & smpai jam 1 pg kat melaka....ye la, cucu pertama diorang ,tentu la x sabar nak tengok ....mak ngah nak ajak gak pak ngah balik kpg tengok baby....sbb nanti baby dah nak blk perak lambat la klau nak jumpa...:)

Thursday, August 18, 2011

KaTa HiKmaH....

Banyak kata-kata hikmah dan semangat yang aku dengar setiap hari....antaranya:-

# CARI PENYELESAIAN BUKANNYA ALASAN #
# PERGILAH SEMENTARA ORANG MASIH SAYANG #- byk maksud yang tersirat dari kata2 ini...
# TAK GUNA ADA MATA KALAU TAK DAPAT MELIHAT, DAN TAK GUNA ADA HATI JIKA TAK TAHU MENILAI #
#BELAJAR DARI KESILAPAN LALU#
#JADILAH PENDENGAR YANG BAIK#

* InsyaAllah aku akan sentiasa update entry ini .....

Sahabat Sejati....

Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri.
Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.
Semua orang pasti mahukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya.

Benarlah kata-kata hikmah yang selalu kita dengar iaitu "sahabat yang tidak jujur itu ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.Sahabat yang setia itu bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah."

Sahabat yang baik adalah sahabat yang boleh menasihati sahabatnya jika sahabatnya tersasar dijalanNya...
dan sahabat yang boleh menerima nasihat sahabatnya ke arah kebaikan ....
Sahabat yg boleh mengingatkan kita apabila kita lalai...
Sahabat yang boleh berkongsi suka dan duka bersama-sama ...
Sahabat yang boleh menjaga aib sahabatnya sendiri..

Seketika ku teringgat pada bait-bait lagu teman sejati...nyanyian kumpulan brothers




Selama ini Kumencri-cari

Teman yang sejati

Buat menemani Perjuangan suci

Bersyukur kini

PadaMu Illahi

Teman yang dicari

Selama ini Telah kutemui

Dengannya di sisi

Perjuangan ini

Senang diharungi

Bertambah murni

Kasih Illahi

KepadaMu Allah

Kupanjatkan doa

Agar berkekalan Kasih sayang kita

Kepadamu temanKu pohon sokongan

Pengorbanan dan pengertian

Telah kuungkapkan Segala-galanya...

KepadaMu Allah Kupohon restu

Agar kita kekal bersatu

Kepadamu teman

Teruskan perjuangan

Pengorbanan dan kesetiaan

Telah kuungkapkan

Segala-galanya

Itulah tandanya

Kejujuran kita


* semoga aku mendapat sahabat yang sejati hingga ke syurga....Amin Ya Rabbal Al-Amin..

NoStalgia berPuasa zaMan kanak-KaNak....

Apabila bulan puasa menjelang, kita jadi nostalgik. Teringatkan, emaklah orang yang paling berpengaruh membina keinginan kita untuk berpuasa. Pendekatan pertama yang biasa emak gunakan ialah dengan meminggirkan kita ketika waktu berbuka. Tatkala ahli keluarga yang lain enak menjamah hidangan, emak suruh kita 'main jauh-jauh' kerana kita tidak layak untuk makan bersama mereka kerana tidak berpuasa.

Situasi ini membuatkan kita berasa diketepikan. Perasaan ingin berpuasa mula datang membuak-buak. Tentu sekali emak akan gembira bila kita suarakan hasrat hendak berpuasa. Kata emak, 'Berpuasa sekerat hari pun tak apa.' Maka keesokannya, kita mulalah bangun bersahur meskipun makan dengan mata yang terpejam.

Pada siang harinya, kitalah yang bangun paling lewat kerana kelesuan. Tetapi emak akan menggalakkan kita terus berpuasa bila melihat kita melepek di lantai simen kerana ingin menyegarkan badan. Kata emak, 'Lepas pukul 12.00, bolehlah berbuka.' Dengan wajah yang pucat dan monyok, kita mengangguk lesu. Bila terasa haus, kita ke bilik mandi untuk basuh muka dan menjaram kepala. Mungkin dalam diam-diam kita berpura-pura tertelan seteguk dua air menghilangkan dahaga! Tepat jam 12, mulalah kita mengendeng di dapur. Dan, emak pun menghidangkan sepinggan nasi.

Tetapi menjelang waktu berbuka, sekali lagi kita dipinggirkan dan tidak dapat merasa juadah hidangan keluarga kerana berpuasa sekerat hari. Bermula dari situ, kita mula memasang niat hendak berpuasa penuh. Tentu sekali emak gembira kerana anak kecilnya sudah hendak jadi seperti orang dewasa. Keesokkannya, meskipun hendak berpuasa macam Kak Long, kitalah anak yang paling kuyu mata, paling suka melepek, paling kuat merengek kerana kebulur dan paling kerap melangut ke jam dinding menghitung waktu.

Di sepanjang hari, pelbagai alasan seperti lapar, pening kepala dan haus, dikhabarkan pada emak. Namun emak buat-buat tak dengar keluhan kita, kerana inginkan anaknya berpuasa penuh. Setibanya waktu berbuka, kitalah orang paling awal duduk mengadap juadah dan kitalah yang menjadi perhatian keluarga. Emak dan ayah akan penuhkan pinggan kita dengan segala juadah kerana berbangga akhirnya kita sudah berjaya berpuasa penuh.:)

Thursday, August 11, 2011

JOm Beli BARang RaYa @ PutrAJaya...

Meh..meh meh...reramai kita serbu itu booth beli barang raya....wah seronok kan bila opis dkt presint 2 nie pasar ramadhan dekat...Booth kPdnkk pun dekat sebelah opis aku jer...bertuah2 semalam start itu jualan so aku beramai2 satu rombongan cik kiah gi la kat situ...nak beli barang raya terus dari kilang ..murah la jgk ade discoun gitu....macam-macam ade...baju lelaki , wanita & kanak2 pun ade..kasut, handbag, tv plasma ,lcd, kamera , kuih raya , katil & tilam raya pun ade tau, perabot raya,bak kata dari hujung rambut hingga hujung kaki ade dijual...mak bapak jek tak jual okey, sediakan je duit berkepuk-kepuk kalau lupa bawak, cimb dokek aje sebelah nie ha..kasi keluar la itu wang...... kepada yg berminat boleh la datang bawak satu family shopping sakan kat sini ianya dibuka dari 10 Ogos hingga 14 Ogos dari jam 10pg - 10 mlm....Selamat BersHopping Sakan...:)

Wednesday, August 10, 2011

seDikit keCiwa...

Alhamdullilah keputusan kpsl dah keluar...aku lulus bhg. A .
Bhg B & C kena repeat thn depan ...agak sedikit keciwa...sbb ku sangkakan aku akan lulus bhg B tapi...erhmmmm hampeh......rasa mcm boleh jwb tapi mgkin pemahaman aku yg silap...tidak mengapa lah ini percubaan kali pertama aku...next year aku akan berusaha lebih kuat lagi InsyaAllah....korang doakan aku berjaya ye.....& tahniah kepada sifu ku kak Fatiha kerana telah Lulus ngan Cemerlangnyer...pasni boleh la naik pangkat ek kak....:)

Tuesday, August 9, 2011

BonuS...Raya Sakan....wah..wah...








Suasana kat opis semalam sibuk membincangkan pasal duit raya...kerajaan x nak bagi kita duit raya ke??? masing2 sibuk bertanya ...ada yg kata dapat kot...tunggu la..ada yg kata dapat 500 jgk la kot mcm tahun lepas....lepas jek berbuka tengok berita tv3...wah..wah dapat bonus la ....kerajaan nak bagi minumum rm500 atau setengah bulan gaji...best nyer....seronok la kan dapat bonus time raya nie ..boleh la raya sakan...hehehe...time kasih PM sebab memahami kami ..:)

Friday, August 5, 2011

TraGedi Mercun.....

Setiap kali menjelang bulan Ramadhan ada saja berita pasal jari putus kena mercun...nie baru hari kelima kita berpuasa dah ada yg menjadi mangsa dek mercun ....nak tunggu smpai ari ke 29 Ramadhan x tahu la berapa ramai lagi yg akan "terkorban" . Cuba kita tengok kalau raya cina kan...diorg pun main gak mercun / bunga api penntas (yg memekakkan telinga aku) .....tapi x ada la mcm budak melayu terlalu berani smpai pegang guna tangan pastu nak lempar x sempat dah meletup tu yg putus jari bagai...benda nie pernah terjadi kat my bro...ikut sgt ckp "sepupu" dia ajak main mercun pastu lempar...ha..pastu yg tanggung sapa ko jugak kan...emak dah pesan..x mo dengar tu la jadi nyer..... So kepada adik2 kalau nak main bunga api tu beringat-ingat la sebelum terkena...main bunga api biasa sudah la x payah la nak main mercun konon nak rasa meriah raya ...kang ko yg beraya dalam hospital lagi haru biru...

Wednesday, August 3, 2011

DeMam CamPak....



Demam Campak

Apa itu demam campak?Demam campak ( Rubeola ) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.

Bagaimana pun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan.

Apakah tanda-tanda demam campak?Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:

Demam tinggi
Batuk, selsema dan sakit tekak
Mata berair dan sensitif kepada cahaya
Sakit otot
Ruam demam campak

Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak kebahagian badan, tangan dan kaki. Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.

Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan demam campak?Tidak. Deman campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan deman campak melainkan selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan berkurangan.

Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak?Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna. Bagaimana pun kadangkala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imum sistem kekebalan yang rendah.

Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:

Jangkitan pada telinga
Jangkitan paru-paru (Pneumonia )
Jangkitan pada otak (encephalitis)
Cirit birit

Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian. Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.

Bagaimana merawat demam campak?Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala :

Panadol untuk mengurangkan demam
Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata
Berehat dan minum air yang cukup.
Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri.Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain. (4 hari selepas ruam timbul).

Bolehkah demam campak dicegah?Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun. MMR adalah vaksin yang selamat. Adalah tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak mereka mendapat immunisasi. Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau petugas kesihatan.

*Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

Betul ke????!!!

Kesian Awal kecik2 dah kena demam campak...memula emak dia x perasan ingatkan kena gigit nyamuk merah2 lama2 banyak pastu bila nak mandikan baru perasan kat badan pun ade...nie sah-sah demam campak....nasib baik dia tak demam.... cian dia...
Orang tua-tua kata iaitu my mil & my Sil cakap kalau anak kena demam campak emaknyer tak boleh menjahit...ek..kenapa plak dah la keje si Tijah tu menjahit kalau x menjahit abis la owg punya baju raya tak siap mau meraung uwawwwhh..uawahhhh...dipagi raya...baju lip lap..lip lap x siap...hehehe....betul ke ckp owg tetua nie...entahlah kan...ada logika ke????

InjeCtion fOr 1 Years....

Semalam petang bawak aina gi klinik utk suntikan setahun( time nie nurse akan tanya baby alergi dgn telor ke tidak...kalau alergi dia x boleh bagi suntikan kat sini so kena la gi hospital..nasib anak mama nie ok x elergi..semua dia makan...suap jek ..nangga la mulut dia...hehehe) ....berat aina sekarang dah 10.5kg. Tinggi dia 76cm...dah semakin besar anak mama nie....gigi dah 6 btg 4 atas 2 bwh....dah pandai jln, kekadang berlari dtg kat mama laju semacam..pastu dUm..jatuh tergolek ....time anak membesar nie memang lasak sikit...semua benda dia nak try test...masa kat klinik x mo duk diam...owg dah dpt kaki kan...apa lagi abis satu klinik ditawafnyer... letih mama dah la pose....kejap kesana kejap kesini abis semu pintu bilik diketuknyer...pastu bila time nak timbang dia x mo berdiri atas penimbang tu dia boleh plak duduk memain kat situ dah dirikan dia duduk balik...last2 mama kena naik timbang sekali pastu turunkan dia tolak berat mama baru la dapat berat anak mama....ish..ish...mcm dulu dia timbang atas penimbang baby yg baring tu tapi sekarang kan aina dah setahun dah kena guna penimbang yg diri tu ...pening missi tu...pastu nak ukur tinggi pon dia x mo diri ..last2 baringkan dia ukur guna ukuran baby mcm dulu...anak mama nie macam2 kan...pastu time kena injection kat tangan kanan dia tak nangis pon....ayahnyer terjengok2 kat cermin takut aina nangis...anak mama kuat kan...pastu dah lepas dalam 3 minit tu dia mcm nak nangis pastu gelak..ehek..ehek...ehek...kelakar la ank mama nie....mama tanya sakit ke kesiannyer anak mama ....aina tunjuk tangan dia yg sakit pastu dia picit2 sendiri ...bijaknyer dia ...mama ingat dia x kenal lagi mana tangan...so empressive..cleaver girl..pastu smpai kat rumah pun dia tunjuk tangan dia sakit...mungkin rasa kebas2 kot....petang sikit masa nak mandikan mama buka plaster kapas kat tgn dia...dia dah ok dah tak sakit sbb dia dah buat tak tau..dah boleh main2 mcm biasa sekejap je sakit pastu ok la kan...anak mama kan kuat...8.11.2011 nie kena pegi klinik lagi utk timbang & ukur tinggi... seronok tengok aina semakin membesar.. :)

Tuesday, August 2, 2011

Berita Gembira....My MIL

Baru kejap tadi dapat call dari hubby ...dia ckp my mil dah boleh keluar wad...Alhamdullilah bagus la ...lama dah my mil nie duk kat hospital hampir 20 hari ..dari 14 julai hingga hari nie. sekarang nie diorang tengah dalam proses nak ambil my mil...banyak barang nak kena bawak balik kerusi malas, wheel chair, selimut bagai..ye la kat hospital kan sejuk bangat...so owg yg meneman tu pun kena la bawak barang sekali ..... tu yg banyak barang , kena pinjam ALza emak AwAl la nampaknyer....nasib baik ada alza..klau nak harapkan kete pesona aku memamng x muat la....hehehe tq tijah...Jap lagi aku plak nak balik rumah nak bawak aina gi klinik ..arinie aina kena cucuk utk 1 tahun....x tau lah camne...sure dia nangis..tapi anak mama kuat dia nangis kejap je...Awal pun gi sekali, Awal gi timbang berat & ukur ketinggian jek utk 9 bulan .


..........MIL WELCOME BACK TO YOUR HOME .......

Selamat Berpuasa






Hari nie hari kedua kita berpuasa...semalam kami berbuka berempat sahaja aku, husb, my nephew ann & my lil princess aina (dia pun lapar jugak cam owg pose)...My Mil masih kat hospital...tak tau bila boleh keluar maybe this week kot...... anyway di bulan yang Mulia nie aku nak ucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa...Semoga Amalan Kita diberkati Allah...amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...