Monday, August 22, 2011
Dhiya Qalesya Awliya
Posted by N'daYu.. at 8:12 AM 0 comments
Friday, August 19, 2011
AiNa DapaT AdiK.....
Syukur Alhamdullilah....aina dapat adik sepupu baru gegirl anak my bro sahak & miera.....lahir mlm semalam lebih kurang jam 10 lebih , aku dapat call dari my bro cakap miera dah selamat bersalin....wah bestnyer tak sabar makngah nak gi tengoh anak buah mak ngah nie.....mesti comel cam mak & ayah dia kan....pagi tadi call mak tanya mcm mana baby sihat ke....mak pun x dapat nak tengok cucu dia lagi sbb miera High blood pressure so doktor tahan dia kat labour room.....baby Alhamdullilah sihat... Atuk & nenek dari perak pun dah sampai diorg bertolak lepas berbuka & smpai jam 1 pg kat melaka....ye la, cucu pertama diorang ,tentu la x sabar nak tengok ....mak ngah nak ajak gak pak ngah balik kpg tengok baby....sbb nanti baby dah nak blk perak lambat la klau nak jumpa...:)
Posted by N'daYu.. at 7:56 AM 0 comments
Thursday, August 18, 2011
KaTa HiKmaH....
Banyak kata-kata hikmah dan semangat yang aku dengar setiap hari....antaranya:-
# CARI PENYELESAIAN BUKANNYA ALASAN #
# PERGILAH SEMENTARA ORANG MASIH SAYANG #- byk maksud yang tersirat dari kata2 ini...
# TAK GUNA ADA MATA KALAU TAK DAPAT MELIHAT, DAN TAK GUNA ADA HATI JIKA TAK TAHU MENILAI #
#BELAJAR DARI KESILAPAN LALU#
#JADILAH PENDENGAR YANG BAIK#
* InsyaAllah aku akan sentiasa update entry ini .....
Posted by N'daYu.. at 8:45 AM 0 comments
Sahabat Sejati....
Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri.
Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.
Semua orang pasti mahukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya.
Benarlah kata-kata hikmah yang selalu kita dengar iaitu "sahabat yang tidak jujur itu ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.Sahabat yang setia itu bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah."
Sahabat yang baik adalah sahabat yang boleh menasihati sahabatnya jika sahabatnya tersasar dijalanNya...
dan sahabat yang boleh menerima nasihat sahabatnya ke arah kebaikan ....
Sahabat yg boleh mengingatkan kita apabila kita lalai...
Sahabat yang boleh berkongsi suka dan duka bersama-sama ...
Sahabat yang boleh menjaga aib sahabatnya sendiri..
Seketika ku teringgat pada bait-bait lagu teman sejati...nyanyian kumpulan brothers
Posted by N'daYu.. at 8:18 AM 0 comments
NoStalgia berPuasa zaMan kanak-KaNak....
Apabila bulan puasa menjelang, kita jadi nostalgik. Teringatkan, emaklah orang yang paling berpengaruh membina keinginan kita untuk berpuasa. Pendekatan pertama yang biasa emak gunakan ialah dengan meminggirkan kita ketika waktu berbuka. Tatkala ahli keluarga yang lain enak menjamah hidangan, emak suruh kita 'main jauh-jauh' kerana kita tidak layak untuk makan bersama mereka kerana tidak berpuasa.
Situasi ini membuatkan kita berasa diketepikan. Perasaan ingin berpuasa mula datang membuak-buak. Tentu sekali emak akan gembira bila kita suarakan hasrat hendak berpuasa. Kata emak, 'Berpuasa sekerat hari pun tak apa.' Maka keesokannya, kita mulalah bangun bersahur meskipun makan dengan mata yang terpejam.
Pada siang harinya, kitalah yang bangun paling lewat kerana kelesuan. Tetapi emak akan menggalakkan kita terus berpuasa bila melihat kita melepek di lantai simen kerana ingin menyegarkan badan. Kata emak, 'Lepas pukul 12.00, bolehlah berbuka.' Dengan wajah yang pucat dan monyok, kita mengangguk lesu. Bila terasa haus, kita ke bilik mandi untuk basuh muka dan menjaram kepala. Mungkin dalam diam-diam kita berpura-pura tertelan seteguk dua air menghilangkan dahaga! Tepat jam 12, mulalah kita mengendeng di dapur. Dan, emak pun menghidangkan sepinggan nasi.
Tetapi menjelang waktu berbuka, sekali lagi kita dipinggirkan dan tidak dapat merasa juadah hidangan keluarga kerana berpuasa sekerat hari. Bermula dari situ, kita mula memasang niat hendak berpuasa penuh. Tentu sekali emak gembira kerana anak kecilnya sudah hendak jadi seperti orang dewasa. Keesokkannya, meskipun hendak berpuasa macam Kak Long, kitalah anak yang paling kuyu mata, paling suka melepek, paling kuat merengek kerana kebulur dan paling kerap melangut ke jam dinding menghitung waktu.
Di sepanjang hari, pelbagai alasan seperti lapar, pening kepala dan haus, dikhabarkan pada emak. Namun emak buat-buat tak dengar keluhan kita, kerana inginkan anaknya berpuasa penuh. Setibanya waktu berbuka, kitalah orang paling awal duduk mengadap juadah dan kitalah yang menjadi perhatian keluarga. Emak dan ayah akan penuhkan pinggan kita dengan segala juadah kerana berbangga akhirnya kita sudah berjaya berpuasa penuh.:)
Posted by N'daYu.. at 8:08 AM 0 comments
Thursday, August 11, 2011
JOm Beli BARang RaYa @ PutrAJaya...
Meh..meh meh...reramai kita serbu itu booth beli barang raya....wah seronok kan bila opis dkt presint 2 nie pasar ramadhan dekat...Booth kPdnkk pun dekat sebelah opis aku jer...bertuah2 semalam start itu jualan so aku beramai2 satu rombongan cik kiah gi la kat situ...nak beli barang raya terus dari kilang ..murah la jgk ade discoun gitu....macam-macam ade...baju lelaki , wanita & kanak2 pun ade..kasut, handbag, tv plasma ,lcd, kamera , kuih raya , katil & tilam raya pun ade tau, perabot raya,bak kata dari hujung rambut hingga hujung kaki ade dijual...mak bapak jek tak jual okey, sediakan je duit berkepuk-kepuk kalau lupa bawak, cimb dokek aje sebelah nie ha..kasi keluar la itu wang...... kepada yg berminat boleh la datang bawak satu family shopping sakan kat sini ianya dibuka dari 10 Ogos hingga 14 Ogos dari jam 10pg - 10 mlm....Selamat BersHopping Sakan...:)
Posted by N'daYu.. at 11:33 AM 0 comments
Wednesday, August 10, 2011
seDikit keCiwa...
Bhg B & C kena repeat thn depan ...agak sedikit keciwa...sbb ku sangkakan aku akan lulus bhg B tapi...erhmmmm hampeh......rasa mcm boleh jwb tapi mgkin pemahaman aku yg silap...tidak mengapa lah ini percubaan kali pertama aku...next year aku akan berusaha lebih kuat lagi InsyaAllah....korang doakan aku berjaya ye.....& tahniah kepada sifu ku kak Fatiha kerana telah Lulus ngan Cemerlangnyer...pasni boleh la naik pangkat ek kak....:)
Posted by N'daYu.. at 11:07 AM 0 comments







