BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
Glitter Words


Glitter Words

Monday, January 21, 2013

21 Januari....

Syukur kehadrat ilahi kerana hambamu ini masih bernafas dibumi yang bertuah ini.....hari ini genap umurku 31tahun...wuahhhh...dah tua dah masuk angka 30 an...eh...eh...awal 30 an....tak pe tapi hati masih muda belia lagi...rasa macam baru 21 tahun...hehehehe...semoga tahun nie menjadi tahun yang penuh bermakna buat aku,my husb and my family...kerana bakal lahir seorang khalifah kecil didalam family kami...x sabar rasanya...aku bermohon kepada Allah semoga dipermudahkan segala-galanya bagi kami....Amin Ya Rabbal Al-Amin....

Friday, January 11, 2013

Happy New Year 2013

Selamat menyambut tahun 2013...walaupun dah 2 minggu tahun baru bermula....semuanya macam baru jek semalam berlaku....tahun nie adalah tahun bermakna buat aku kerana bakal melahirkan seorang khalifah di muka bumi ini...aku juga sentiasa berdoa semoga Allah S.W.T permudahkan segala urusanku semasa melahirkan zuriatku nanti....semoga zuriat yang bakal lahir menjadi anak yang soleh & solehah , InsyaAllah Amin....
bila kawan2 tanya apa perasaan aku....aku rasa macam-macam .....tak tahu nak digambarkan...takut,gembira, tak sabar nak tgk my new baby dan mcm2 lagi...., bercakap mengenai azam pulak...aku berazam nak jadi ibu,isteri dan anak yang terbaik buat semua insan yang aku sayangi serta menjadi pekerja dan sahabat yang terbaik....semoga apa yang kita azamkan akan terlaksana dengan jayanya...InsyaAllah...amin.....
~InsyaAllah tahun nie lepas habis berpantang kami akan berpindah ke dengkil~~ x sabar rasanya nak duduk rumah sendiri....

Wednesday, October 31, 2012

Doa Buat Anakku...

Bismillahirahmanirrahim...



'' Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperut ku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.
 
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah badanya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta Alam

Monday, October 29, 2012

Scan 3D





18.10.2012 - usia kandunganku hampir memasuki 25 weeks...jam 12.00 tghri appointment untuk buat scan 3d di Poliklinik Medi Nur Puchong Utama , Klinik ini hanya mengambil 2 patient sahaja sehari untuk buat scan 3d/4d sbb masa yang diambil untuk scan agak lama iaitu lebih kurang 1 jam diperuntukkan untuk 1 patient...mmg berbaloi dengan harga yang kita bayar..caj yg dikenakan rm100 .....dokt akan buat scan baby dari hujung kaki hingga kepala...mmg puas hati sangat...dan kita akan dapat tahu jantina baby kita ...tu yang ramai ibubapa excited nak tahu...& perkembangan baby...nak tengok muka baby...nak tengok cukup fizikal & sifat...Alhamdullilah baby ku sihat & cukup sifatnya....dan dah scan baby yg bakal lahir adalah baby boy.....Alhamdullilah aku x kisah sangat lelaki ke perempuan janji babyku sihat Waalfiat....dapatlah kami sepasang cahaya mata...InsyaAllah semoga Allah permudahkan segala-galanya...Amin...seronok sangat dapat tengok perkembangan dan muka bayi....semoga anak mama sentiasa sihat , menjadi anak yang soleh & solehah yang berguna kepada agama bangsa dan negara...

Thursday, October 25, 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha...


Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua umat Islam ........today hanya kami berdua girl yang kerja aku & kak nor ...
yang lain semua udah bercuti go back to village....tahun nie aku sambut raya haji kat rumah MIL ...sedih gak tak dapat balik kampung....tapi x pe sbb aku mmg tetiap bulan balik kampung pon.....untuk tahun depan aku planning adik beradik nak buat korban...tumbangkan lembu sekor masa hari raya aidiladha akan datang...semoga hajat aku and adik2ku terlaksana...InsyaAllah Amin....

Monday, October 22, 2012

Semoga Allah Merahmatimu ...

Hari ni genap usia emakku yang ke 52 tahun....happy birthday mak ....

SEMOGA ALLAH S.W.T PANJANGKAN UMUR MAK ,DIMURAHKAN REZEKI

SERTA DIBERI KESIHATAN YANG BAIK SELALU…..AMIN..

TERIMA KASIH KERANA EMAK TELAH MEMBESARKAN DAN MENDIDIK ANGAH ADIK BERADIK MENJADI INSAN YANG BERGUNA

SEMOGA MAK TABAH & SABAR MENGHADAPI UJIAN DARI ALLAH S.W.T

SEMOGA KELUARGA KITA SENTIASA AMAN BAHAGIA HINGGA AKHIR HAYAT

EMAK ….TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA….

~ ANGAH SAYANG MAK~

~~ EMAKLAH RATU HATI KAMI SEMUA ~~
 
 
pagi tadi call mak...nak wish birthday tapi adikku cakap mak kat rumah kak long tengok nenek...nenek jatuh bilik air pitam pukul 5 lebih pagi tadi....macamanalah keadaan nenek ku moga2 tak ade benda yang buruk berlaku pada nenekku...amin..Ya Allah kau peliharalah nenekku & keluargaku dari musibah...Amin Ya Rabbal Al-Amin 

Tuesday, October 16, 2012

Dah terhantuk baru nak tengadah...

Peribahasa untuk hari ini dah terhantuk baru nak tengadah....bermaksud bila sesuatu perkara dah berlaku baru terfikir nak menyesal....
kadang-kadang aku pelik ngan sikap & mentaliti manusia zaman sekarang nie...dah banyak kali dinasihat dan ditegur tapi masih jugak melakukan benda yang salah....jaga-jaga jangan samapai dah terhantuk baru nak tengadah...ye...renung-renungkan dan selamat beramal...dan ingat lah apabila seseorang itu menegur kita bukan bermakna dia menyibuk tepi kain kita tapi itu bermakna dia sayangkan kita and take care pasal kita...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...