Tuesday, March 29, 2011
BuruK SangKa......
Posted by N'daYu.. at 3:45 PM 0 comments
Thursday, March 24, 2011
3rd Anniversary
23.3.2011 pejam....celik.....pejam...celik dah 3 thn aku keje kat sini.....rasa mcm baru jek lagi..... campur semua service ngan GOv nie dah masuk 9 thn..tahun depan genap 10thn....begitu laju putaran waktu.... banyak benda yg aku kena bljar lagi...utk improve my work....
mcm2 human variety yg aku nampak kat sini ...kat mana-mana pun sama jek......
Teringat kat member2 opis lama ....skrg nie semua dah berpisah ...sorang kat jab nie ...sorang kat jab tu....semua dah x duk spjbat lagi...masing2 ngan haluan sendiri....rasa rindu pun ade...dulu klau time anniversary 17 Julai kitorang selalu jek sambut ...kumpul ramai2 gi mkn kat Alamanda....best sgt time tu....last kami sambut masa tahun 2009 (klau tak silap aku la) kitorang gi mkn kat restoran china muslim @ tmn cempaka dkt ngan rumah syah...pshbatan kami ..sikit2 smakin rengang semua sibuk ngan haluan & kluarga msg2....
tapi tak pe....rancangaan tu mmg ade ingat nak buat reunion jmpa ngan diorg semua...InsyaAllah jika di pjgkan umur .....;)
Posted by N'daYu.. at 12:59 AM 0 comments
Wednesday, March 23, 2011
SiKap Suka BerTangguH.....
Ada satu artikel menarik yg aku baca kat satu laman blog nie...artikel mengenai sikap manusia yg suka bertangguh...so renung2kan dan berusaha untuk memperbaiki diri sendiri....
Adakah anda suka bertangguh? Apakah kerja yang biasa ditangguhkan?
Terus membaca untuk mengetahui baik dan buruk bertangguh.Setiap kali bertangguh bermakna mencuri masa yang sepatutnya digunakan untuk tujuan lain. Apabila kita menangguh kerja yang sepatutnya dilakukan hari ini, pada masa akan datang kerja itu semakin banyak dan lebih banyak lagi yang terpaksa ditangguhkan disebabkan tidak mempunyai masa yang cukup.Bertangguh daripada melakukan sesuatu bermakna tidak bersungguh-sungguh, tidak menghargai, tidak penting, tidak ikhlas atau tidak terfikirkan akannya. Sikap sentiasa bertangguh akan menyebabkan banyak peluang terlepas. Masa telah berlalu tidak dapat digantikan lagi.Kita sepatutnya menjadikan diri seperti pengembara yang ingin cepat sampai ke destinasi. Untuk itu, kita perlu mula bergerak menuju ke destinasi tersebut dengan secepat mungkin. Jika kita bertangguh waktu bertolak, maka lewatlah waktu sampainya. Banyak peluang baik terlepas kerana terlewat sampai di tempat yang dituju.Sesungguhnya sikap bertangguh dalam hal apa sekalipun tidak mendatangkan kebaikan, melainkan bertangguh daripada melakukan kemungkaran. Sesiapa menangguhkan niat melakukan kemungkaran, pada dirinya sudah mendapat satu kebaikan.
** lagi satu sikap suka bertangguh itu sedikit sebanyak menyusahkan owg lain jgk....pikir2 kan la...
Posted by N'daYu.. at 11:14 AM 0 comments
Monday, March 21, 2011
KuiH VaddEY...
Kacang Dal direndam – tumbuk @ blender jgn smpai hancur sgt
Bawang Merah ----- ditumbuk
Jintan Manis ------- ditumbuk
Udang Kering ------- ditumbuk
Telur
Garam secukup rasa
Daun Kari sedikit di potong halus
Cili Kering di potong halus
Cara-caranya :
Campurkan semua bahan2 sehingga boleh dibentuk spt kuih wa day
Jika keras campur kan telur sehingga sebati
Kemudian boleh la digoreng….
Posted by N'daYu.. at 11:17 AM 0 comments
YeS....3R-Bpp
3R@ BPP dah lama berlangsung tapi aku tetap nak update....
ingat tak N3 yg dulu aku ada citer pasal kitorang masuk pertandingan rekacipta 3r dari bhn terbuang ...nie la hasil yg boleh diVanggakan oleh unit kami....sbb kami menang tempat ke-3 .....
berbaloi hasil tangan kami .....cipta kami ialah tudung saji yg dibuat dari kertas surat khabar lama...cos utk buat x de la mahal sangat cuma guna old news paper...dawai sikit... cat kilat & klau nak nampak lebih menarik tambah rende2 yg lebih2 kat umah tu.. bunga sikit ...tara....jadi la...menarik tak??? kalau nak jual nie uols rasa berapa ek...?? wah ade hati nak meniaga ...future plan....hehehe...
Posted by N'daYu.. at 10:45 AM 0 comments
Friday, March 18, 2011
HoT AiR BaLLonS...
Jom naik belonnn....17-20 Mac 2011 ..pkl 7pg-9.00mlm kat Monumen Alaf Baru Precint 2 Putrajaya....start ari khamis hingga ahad...hehehe pg2 dah nengok belon....best sgt bila opis dkt ngan "dataran" boleh la nengok mcm2 aktiviti yg di buat kat dataran putrajya nie...nak pegi doket jo..jln kaki pon boleh...kepada yg nak bawak ank2 time cuti school nie boleh la...ada mcm2 aktiviti kat situ...untuk keterangan lanjut korang layari la laman web http://www.myballoonfiesta.com ...mcm2 ada..jom..jom..jom..jom..jom naik beloNNN....;)
Posted by N'daYu.. at 2:56 PM 0 comments
Thursday, March 17, 2011
ViRus MelanDa...
virus yg aku maksudkan nie ialah virus flu=selsema....
skrg nie aku & family sedang dilanda selsema satu rumah dok achummm..achummm....
paling kesian kat aina meleleh jek...jap..jap achum..achummm...mama nak lap dia elak2maybe sakit kot idung dia...kesian anak mama sabar ye sayang....
sekrg nie mmg musim demam ...kat opis nie jgn ckp la...rata2 nyer batuk & selsema...
abis semua viris tersebar...tambah2 dengan habuk2 kat bilik fail tu , cuaca pun tak menentu...ngan udara tercemar...baru2 nie gempa bumi kat JEPUN...aku risau jek klau diorg nie bebaskan tenaga nukleur abis la radiasi ke atas makhluk kat muka bumi nie....Dunia semakin uzur .. & ....KIAMAT semakin hampir....
Posted by N'daYu.. at 1:46 PM 0 comments
43 PerKara RiNgan YanG MenYekaT ReZeki
Bismillah..
Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.
1. tidak sembahyang atau solat
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri..
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38.. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.
* Yang highlighted to adalah yg kerap kita terbuat.
.
Posted by N'daYu.. at 1:27 PM 0 comments
Wednesday, March 16, 2011
ke'bUzzY"an ++ KemaLasan MelanDa....
adoooi aiiii....lamanyer aku x update blog ...byk benda aku nak cer & kongsi ngan korang semua ...tapi jari-jemariku ini terlalu buzzy ...++ malas sikit..hehehe
aku buzzy dok buat tagging note utk exam kat buku yg TEBAL gilezzz....bulan 5 nie aku exam...alahai camne la ek ....nie first time aku ambik KPSL....heheeh bukan nak naik pangkat skg tapi utk masa depan...mana la tau ade rezeki aku....senang la x payah pikir nak ambik lagikan......korang doa-doakan aku berjaya ek....& kepada member2 seperjuangan goood luck gak kat korang...chayok..chayok....la kita...;)
Posted by N'daYu.. at 1:36 PM 0 comments