BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
Glitter Words


Glitter Words

Wednesday, February 29, 2012

4 tahun sekali ye....

29 Feb 2012 - nak jumpa tarikh nie kena tunggu 4 tahun lagi ye....
klau yg nak celebrate birthday tu pun kena la tunggu tahun 2016 baru boleh celebrate semula...huhuhu sedih kan...org lain sambut tetiap tahun tapi uols x ....alahai buat pe la nak diikutkan sangat...boleh je klau nak sambut ikut la tarikh islamic kan boleh...lagi afdal...:) ~~~~hehehehe~~~~

apa yang aku buat dengan tarikh 29 feb 2012 ....aku pergi tgk baby ira....comel chiness look ..hehehe tentu ira sentap mengajuk, klau aku cakap muka anak dia mcm husb dia.... mmg kenyataan pun...x pe la ...nanti dah besar sikit ikut la muka hang...don't worry...orang tua-tua pernah berkata kalau anak perempuan ikut muka ayah..sejuk...& anak lelaki ikut muka emak pun sejuk gak...hehehehe.~~~~ itu cuma kata org2 tua2~~~

Tuesday, February 28, 2012

Renungan Bersama ....(peringatan untuk diri sendiri)

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”
—petikan dari fb

Friday, February 17, 2012

adab menyikat rambut...


Rasulullah s.a.w melarang menyikat rambut di dalam kamar mandi kerana perbuatan ...itu melemahkan akar rambut. Seseorang itu hendaklah duduk ketika bersikat kerana ia akan mengguatkan otot jantung dan elak daripada melakukannya secara berdiri sebab ia akan melemahkan jantung. Seseorang yang bersikat ketika berdiri akan terjebak dalam masalah hutang. Adalah makruh menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak atau bersadurkan perak

Orang yg bermasalah

Orang yg brmasaalah slalu timbulkan masaalah...
Orang yg brmasaalah slalu x mengaku salah...
Orang yg brmasaalah slalu cari orang lain nye silap salah...
Orang yg brmasaalah slalu x nak mengalah...
Orang yg brmasaalah mmg bermasaalah N semua org harap ko cpt2 la blah...

*~petikan dr fb my cousin kb~

bila baca petikan nie aku teringgatkan zaman dulu kala....time muda remaja...

Sunday, February 12, 2012

Lenovo ...

Akhirnyer berbaloi jugak kan duit ot aku...nak tau aku beli apa.....tarrrrrrrrraaaaaaaaaaaaaaa aku beli laptop lenovo.....promoter tu ckp lenovo nie dari syarikat IBM ...mmg bagus dan tahan lasak....sesuai la untuk aku kan ...dah lama dah aku menyimpan hasrat nak beli laptop nie...komputer kat rumah mmg la ade...tapi x best sbb kena duk terperap dlm bilik tue...laptop kan boleh bawa ke mana sahaja...moood happy...:)

Friday, February 10, 2012

injection One year and a half

Hari rabu baru nie bawak aina pergi klinik for injection One year and a half dan timbang berat sekali...
our appointment at 2 pm..,.so dalam pukul 1.45 pm cam tu kami gerak dari rumah ...sampai klinik lebih kurang 10 minit gitu....tengok-tengok ...mai aiiii ramai nyer makhluk manusia kat situ ...pukul berapa plak klinik nie open...bila masuk dalam mmg la penuh smpai x nampak lantai....dengan yang berdiri-diri sbb semua chair dah penuh dengan ibu-ibu mengandung...ade jugak yg bapak2 pun duk sekali...ape salah nyer ko bagi orang yang bawak anak kecik tu duduk...nie ko yg sihat waalfiat duduk plak..biar la bini korang je yg duduk...(prihatin la sikit pck oiii) ha...kan aku dah melalut dari nak citer pasal aina dah melalut ke lain pulak...hehehehe....rupa-rupa nyer klinik pada hari tu tak tutup waktu rehat ...tu yg ramai mahkluk sbbb nyer nurse dah salah bagi appointment 7.2.2012 kan cuti thaipusam...so yg dia bagi 7hb buat pe...kan dah kena tunda 8hb tu yang ramai ...termasuk la appointment aina kena tunda 8.2.2012...tunggu la dengan sabar.....aina & awal pula mcm biasa aktiff kejap berlari kesana ...kejap ke sini...semua org dilanggarnyer....awal sampai jatuh benjol kat kepala...aina pun jatuh jugak ,dah berlari mana nyer tak jatuh...ngan orang ramai lagi...fuhhh letih aku cam gini...x moo duk diam..., setelah ditimbang berat aina 12.2kg tinggi 85 cm....dah semakin semangat anakku....mmg terasa sangat klau dukung aina lama-lama naik lengguh tangan , Alhamdullilah aina sihat dan aktif...nurse pun cakap ok...x de apa2 komen....bila kena inject pun x nangis....aina dah semakin membesar kan....,, sayang anak mama...:)

be profesional la sikit....

Pandai pulak ko nak melenting bila orang cakap ...

tapi ko pernah ke terfikir kenapa orang bercakap???

ko ada otak kan boleh fikir...

dah tua pun x payah la nak jadi macam budak-budak...

be profesional la sikit....

Friday, February 3, 2012

aku stresss

ape yang aku cakap semuanyer salah...abis tu ko nak aku cakap macammana..????? eh..eh..kenapa ko letak benda ala tu kat tengah-tengah nie...nanti jatuh kena hempap baru tau..ke ko nak aku guna ayat yg macam nie...eh..eh...cantik nyer kenapa letak tengah-tengah...tolong alihkan kat tempat lain....sungguh plastik ayat itu.....aku nie jenis yg suka strait forward...kalu x suka aku cakap x suka bukan nak hipokrik macam sesetengah makhluk...mgkin cara aku tu agak kasar bunyinya....aku streeeeeessssssssssssssssssss

otakku letihhhhh.........

kadang kala aku rasa letih nak memikirkan hal-hal duniawi.. otakku terlalu letih dan minta untuk berehat...tapi selagi aku bernafas di muka bumi ini ....aku Terpaksa nak atau tidak kena jgk berfikir macam-macam hal....aku rasa stresss sgt........... kenapa la owg x leh nak memahami aku......macam2 benda dihentak dan dihenyakkan ke atas otak kepala ku....aku terpaksa mmerah segala isi perut otakku utk mengeluarkan idea...mmg la kata org idea x kan keluar klau x dipaksa ...tapi aku letiHHHH.....korang penah tak rasa macam ape yg aku rasa........aku rasa penat sgt.....rasa macam nak hentikan putaran waktu dan duduk seketika disuatu sudut untuk menenangkan jiwa ku yg serabut......serabuuuttttt la.....ape benda yg aku tulis pun aku serabutttt.....dah la ku pun letih jugak nak tgk muka komputer nie tetiap ari.....rasa nak terkeluar bijik mata aku tgk muka ko tetiap ari...otak aku penat...aku nak rest....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...