BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
Glitter Words


Glitter Words

Wednesday, October 31, 2012

Doa Buat Anakku...

Bismillahirahmanirrahim...



'' Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperut ku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.
 
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah badanya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta Alam

Monday, October 29, 2012

Scan 3D





18.10.2012 - usia kandunganku hampir memasuki 25 weeks...jam 12.00 tghri appointment untuk buat scan 3d di Poliklinik Medi Nur Puchong Utama , Klinik ini hanya mengambil 2 patient sahaja sehari untuk buat scan 3d/4d sbb masa yang diambil untuk scan agak lama iaitu lebih kurang 1 jam diperuntukkan untuk 1 patient...mmg berbaloi dengan harga yang kita bayar..caj yg dikenakan rm100 .....dokt akan buat scan baby dari hujung kaki hingga kepala...mmg puas hati sangat...dan kita akan dapat tahu jantina baby kita ...tu yang ramai ibubapa excited nak tahu...& perkembangan baby...nak tengok muka baby...nak tengok cukup fizikal & sifat...Alhamdullilah baby ku sihat & cukup sifatnya....dan dah scan baby yg bakal lahir adalah baby boy.....Alhamdullilah aku x kisah sangat lelaki ke perempuan janji babyku sihat Waalfiat....dapatlah kami sepasang cahaya mata...InsyaAllah semoga Allah permudahkan segala-galanya...Amin...seronok sangat dapat tengok perkembangan dan muka bayi....semoga anak mama sentiasa sihat , menjadi anak yang soleh & solehah yang berguna kepada agama bangsa dan negara...

Thursday, October 25, 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha...


Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua umat Islam ........today hanya kami berdua girl yang kerja aku & kak nor ...
yang lain semua udah bercuti go back to village....tahun nie aku sambut raya haji kat rumah MIL ...sedih gak tak dapat balik kampung....tapi x pe sbb aku mmg tetiap bulan balik kampung pon.....untuk tahun depan aku planning adik beradik nak buat korban...tumbangkan lembu sekor masa hari raya aidiladha akan datang...semoga hajat aku and adik2ku terlaksana...InsyaAllah Amin....

Monday, October 22, 2012

Semoga Allah Merahmatimu ...

Hari ni genap usia emakku yang ke 52 tahun....happy birthday mak ....

SEMOGA ALLAH S.W.T PANJANGKAN UMUR MAK ,DIMURAHKAN REZEKI

SERTA DIBERI KESIHATAN YANG BAIK SELALU…..AMIN..

TERIMA KASIH KERANA EMAK TELAH MEMBESARKAN DAN MENDIDIK ANGAH ADIK BERADIK MENJADI INSAN YANG BERGUNA

SEMOGA MAK TABAH & SABAR MENGHADAPI UJIAN DARI ALLAH S.W.T

SEMOGA KELUARGA KITA SENTIASA AMAN BAHAGIA HINGGA AKHIR HAYAT

EMAK ….TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA….

~ ANGAH SAYANG MAK~

~~ EMAKLAH RATU HATI KAMI SEMUA ~~
 
 
pagi tadi call mak...nak wish birthday tapi adikku cakap mak kat rumah kak long tengok nenek...nenek jatuh bilik air pitam pukul 5 lebih pagi tadi....macamanalah keadaan nenek ku moga2 tak ade benda yang buruk berlaku pada nenekku...amin..Ya Allah kau peliharalah nenekku & keluargaku dari musibah...Amin Ya Rabbal Al-Amin 

Tuesday, October 16, 2012

Dah terhantuk baru nak tengadah...

Peribahasa untuk hari ini dah terhantuk baru nak tengadah....bermaksud bila sesuatu perkara dah berlaku baru terfikir nak menyesal....
kadang-kadang aku pelik ngan sikap & mentaliti manusia zaman sekarang nie...dah banyak kali dinasihat dan ditegur tapi masih jugak melakukan benda yang salah....jaga-jaga jangan samapai dah terhantuk baru nak tengadah...ye...renung-renungkan dan selamat beramal...dan ingat lah apabila seseorang itu menegur kita bukan bermakna dia menyibuk tepi kain kita tapi itu bermakna dia sayangkan kita and take care pasal kita...

Monday, October 15, 2012

Pergerakkan bayi...

saat yang amat ditunggu-tunggu oleh insan yang akan bergelar seorang ibu,mama ,emak dan apa sahaja panggilan iaitu dapat merasai pergerakan bayi dalam kandungan ...sewaktu kandungan ku menjejak ke minggu ke 23 aku dapat merasai pergerakkannya...pada mulanya...aku rasa macam aku sorang jek yg rasa (syok sendiri) macam sebelum-sebelum nie...tapi apabila ku suruh my husb rasa...dia pun dah dapat rasa...klau sebelum nie...aku suruh rasa husb cakap x rasa pun...(hampeh jek)...tapi kali nie mgkin tendanggang bayi dalam kandunganku lebih kuat..tu yg rasa...kakak aina pun nak rasa jugak...dia pun sua tanggan kat perut mama nak rasa adik dlm perut yg tengah menendang-nendang.....adik aina selalunya akak bergerak dengan aktifnya pada waktu mlm lebih kurang pukul 9 keatas....time mama tengah baring-baring nonton tv..dia pun kick sana sini...nanti klau dah lahir mesti waktu mlm adalah waktu dia berjaga...sbb kalau siang masa dlm perut dia x berapa aktif mgkin tidor...mlm adalah waktu aktifnya...masaklah mama kena berjaga mlm mcm kak aina dulu...mlm jek berjaga...siang tido ....takpe la sayang , janji bayi dalam kandungan mama nie sihat...mama dah servey nak buat scan 3D/4D ...ingat dalam minggu nie mama nak booking kat poliklinik medi nur kat puchong utama...bayaran yang dicaj adalah RM100 , mama ade jugak servey kat KPMC kajang bayaran bawah rm100 tapi jauh la pulak nak pegi ngan jalan pun x tahu nak ke sana...maybe mama pergi yg kat puchong jek la...ok..by...

Lirik Lagu Ainan Tasneem - Aku Suka Dia

Aku lihat dia di sana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba mengampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

C/O :
Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

C/O :
Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Bridge :
Ku terima satu nota..darimu..
Yang tertulis 'Aku suka kamu'

C/O :
Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini, ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia,
Menerima cinta darinya.. Aku suka dia...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...