BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
Glitter Words


Glitter Words

Tuesday, March 29, 2011

BuruK SangKa......


Ada kisah benar di mana seorang hamba Allah ini mempunyai satu tabiat buruk iaitu suka sangat berfikiran tidak baik atau berprasangka buruk terhadap orang. Ada saja yang tidak kena dengan orang lain.

Ini membuat hamba Allah tersebut sukar untuk mendapat kawan kerana berasakan orang akan cuba menganiaya beliau. Beliau cuba untuk tidak mempunyai sifat ini, tetapi ia bukan mudah seperti disangkakan.

BERPRASANGKA buruk biasanya membuatkan individu sentiasa menganggap orang lain mempunyai agenda buruk tersendiri. Dari sudut psikologinya, individu itu sudah membina satu persepsi atau andaian bahawa orang di sekelilingnya tidak mempunyai potensi diri yang positif. Ini seterusnya boleh menyebabkan individu menghadapi kesukaran berkomunikasi dan juga kemahiran membina hubungan kerana pemikiran negatif sudah terbina. Ini yang dialami oleh beliau. Apa yang beliau boleh lakukan setelah mendapat khidmat kaunseling ialah orientasi semula pemikiran dengan mengatakan setiap orang mempunyai kekuatan dan kekurangan diri. Melihat kekuatan orang lain akan dapat mengurangkan sikap buruk sangka yang dialami beliau. Dalam Islam, buruk sangka sangat dilarang. Allah s.w.t berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..." (Al-Hujuraat:12). Untuk mengelakkan daripada buruk sangka, kita harus menyedari perlakuan ini sangat tidak baik dan tidak dibenarkan dalam hubungan persaudaraan. Paling penting adalah memperkukuhkan terus jalinan persaudaraan supaya dapat dielakkan sikap buruk sangka. Membuat intropeksi dan muhasabah diri dapat mengurangkan sikap ini. Khalifah Umar bin Khattab menyatakan: "Janganlah kamu menyangka dengan satu kata pun yang keluar daripada seorang saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mengandungi kebaikan".


* I was very sad when people behavior like that

manusia mmg x sempurna tapi kita kena berusaha kearah kesempurnaan ....;(

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...