BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
Glitter Words


Glitter Words

Friday, June 10, 2011

Visits To Women's PriSon...

Hari nie opis aku buat lawatan ke Penjara Wanita Kajang (PWK)...Objektif lawatan adalah untuk melihat kehidupan yg dilalui oleh banduan Wanita yg mempunyai bayi termasuk aktiviti yg terdapat disitu bersempena sambutan Hari Ibu...
Jam 8.30pg kami bertolak ke sana ...lebih kurang 9.00 pg kami smpai di tempat lawatan ...nie pertama kali dlm hidup aku smpai ke penjara & nak buat lawatan dlm penjara plak tu...rasa nervous sgt....(sbb mcm2 persepsi yg kita dgr pasal banduan nie)...smpai jek kat situ kami diberi taklimat keselamatan ketika berada di dlm PWK ..kena la berwaspada sebelum benda yg x elok berlaku...antara pesanan nya...kita x boleh berpecah dari kumpulan lawatan supaya aspek keselamatan dpt di jaga ...x bleh la sorang ke sana ..sorang lagi ke tempat lain..so kena la jln dlm kumpulan...lagi pesanannya ...kita x boleh berkomunikasi secara terus dgn banduan...
kami diiringi oleh 3 org pegawai penjara...melangkah jek kaki dlm tirai besi satu lagi taklimat diberi kali nie...pegawai PWK menerangkan populasi penduduk dlm PWK.....mmg terperanjat a.k.a terkejut beruk...
majoriti penghuni PWK iaitu 80% adalah bukan warganegara 20% jek warganegara m'sia....jumlah penghuni ialah 1032 setakat ari nie ...806 bukan warganegara yg selebihnya warganegara m'sia...(bila dgr jek penerangan nie...semua owg bersunggut...kesian krjaan kita terpaksa menanggung kos yg tinggi & banyak utk banduan yg bkn warganegara)....ok la berbalik pada cerita tadi ....sebelum masuk dlm kawasan penjara kami kena simpan semua brg ,,handbag,hp semua x boleh bawak masuk ..kira masuk berlenggang jek la....pegawai kat situ pun x boleh bawak masuk bebarang tu...duit pun x boleh lebih rm10 jek diorg boleh bawak....dah peraturan kena la patuhi kan....so kitorang simpan semua brg2 tu dlm pegeon hole yg disediakan....(x boleh la nak snap pic...huhuhu) nak masuk kena scan badan...dah ok baru boleh masuk....memula kami dibawa ke Bahagian Vokasional dan Industri...kat sini penghuni didedahkan kepada latihan praktikal supaya apabila
dibebaskan nanti senang mereka utk mencari pekerjaan yg sesuai dgn kemahiran yg mereka belajar dlm penjara . Antara bengkel kemahiran yg diajar ialah menjahit, kraftangan , dobi,katering Saloon & Spa( dlm penjara pun ade gak tau) Makanan, frozen food dan mcm2 lagi....tgk anak2 diorang dlm penjara rasa cam kesian jek ....umur baby yg paling tua kat dlm tu 1thn lebih...kalau baby tu dah umur 3 thn dia akan tempatkan ke Jab Kebajikan Masyarakat atau pada family banduan masing2....kehidupan penghuni kat dlm tu macam owg pegi belajar...pagi bermula jam 8.00 hingga 5 ptg diorg akan bljar kemahiran...Pkl 5 ptg semua banduan kena masuk semula dlm sel masing2.....Pegawai kat situ bagitau penghuni kat sini makan 6x sehari...beruntung...kan....tu pun klau x bersyukur ..tak tau la.... semoga lepas menjalani hukuman dipenjara ...diiorg akan jadi owg yg baik & berguna kpd masyarat . agama dan negara....
Apa yang aku dapat lihat ialah sedikit sebanyak ia mengubah persepsi aku kepada banduan/ bekas banduan...beri lah mereka peluang untuk menginsafi/ bertaubat atas perbuat mereka,,,...semoga mereka insaf....Ni gambar sekitar lawatan ke PWK......










angklung



pintu masuk - tirai besi


selesai sudah lawatan ...










sesi bergambar bersama pegawai PWK & ahli rombongan


frozen food..yg dijual


menuju ke galeri produk


penjara menempatkan banduan lelaki





hasil tangan penghuni




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...