BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
Glitter Words


Glitter Words

Wednesday, October 5, 2011

DerMa Darahhh.......








Jom la kita beramai-ramai menderma darah...setitik darah yang didermakan boleh menyelamatkan sejuta nyawa...wah ayat mmg power la speaker bpp nie....4 Okt 2011 BPP telah berkerjasama dengan Pusat Darah Negara (PDN) & Kajang Plaza Medical Center (KPMC)menjalankan kempen derma darah dan pemeriksaan kesihatan secara percuma..ianya berlangsung di opis kami...so aku dengan murah hati telah mendermakan darah ku bagi menyelamatkan nyawa insan yg bernama manusia....dulu mmg aku takut sangat nak derma darah macam2 la aku dengar owg kata lepas derma darah badan akan naik...berat naik la tue...selera makan bertambah la...mcm2 la...tapi itu semua TAK Betul ok....kita akan rasa segar& sihat ..dan darah yg diderma tu akan diganti dengan sel plasma darah yg baru oleh tubuh kita sendiri ......tapi nak derma pun kena ade syaratnya jugak.....antara syarat2nya ialah :

Anda hendaklah sihat pada hari menderma


Berumur di antara 18-60 tahun.
Bagi yang berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga.
Bagi yang berumur 61-65 tahun, perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada doktor mengenai tahap kesihatan badan.
Berat badan melebihi 45 kg.
Tidak mengandung atau datang bulan dan tidak menyusukan anak scr sepenuh masa
Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.
Tiada masalah kesihatan.
Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan
Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan
Telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak berpuasa)
Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti seks bertukar-tukar pasangan, hubungan seks sejenis atau kedua-dua jantina, hubungan seks dengan pelacur atau pekerja seks komersial, salah guna dadah dan menjadi pasangan kepada golongan tersebut.


Tidak boleh menderma darah dalam tempoh kurang dari 3 bulan selepas menderma..




tapi sebelum tu nurse akan buat check-up tekanan darah kita , check kumpulan darah apa..A ke B ke...dll...setelah diakui sihat barulah kita boleh menderma.... so rajin2 la menderma...setitik darah amat bermakna kepada insan yang memerlukan....:)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...