BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
Glitter Words


Glitter Words

Sunday, February 17, 2013

Ayah afiq & kak Aina balik Pj

Ayah Balik PJ
pukul 2.30 ptg lepas mkn tghari ayah gerak balik pj sbb esok ayah dah kerja...tinggal lah afiq, mama & kak aina ..kat kpg...mama sedih sgt...sbb sape nk tolong mama bg susu perah kat afiq...mlm-mlm...mengalir air mata mama...
mama tau nenek ada boleh tolong tapi...klau boleh mama nk sgt ayah ade kat sini...tapi nk buat mcm mana ayah perlu blk sbb kerja...x pe la mama kena kuatkan semangat lagipun kat sini ramai adik beradik mama boleh tolong...mama harap afiq tak meragam mlm-mlm...

Tuesday, February 5, 2013

Lastday kerja....

Salam dan selamat pagi semua....hari ini aku lastday kerja...aku akan bercuti selama 90 hari...cuti bersalin....
walaupun belum bersalin lagi aku ambil cuti awal 5 hari dari due date aku iaitu 10 Feb 2013...due date betul2 jatuh pada tahun baru cina...mengikut kalendar cina tahun nie merupakan tahun ular.....
dikesempatan ini aku ingin memohon ampun dan maaf jika selama kita berkawan ini aku ade menguris perasaan uols semua....doakan aku & baby selamat dan dipermudahkan bersalin ye....Jasa baik korang tak dapat aku nak balas...
sehingga berjumpa lagi jika diizinkan Allah S.W.T aku akan naik kerja pada 7 Mei 2013.....mesti korang akan rindu kat aku kan..kan..kan...huahuahua...perasan plak aku nie...ok selamat bertugas ye kawan-kawan...by..love uols ketat-ketat....:)



***ps/ buat cik tulip : jangan stress2 sgt...buat apa yg termampu jek.......

Monday, January 21, 2013

21 Januari....

Syukur kehadrat ilahi kerana hambamu ini masih bernafas dibumi yang bertuah ini.....hari ini genap umurku 31tahun...wuahhhh...dah tua dah masuk angka 30 an...eh...eh...awal 30 an....tak pe tapi hati masih muda belia lagi...rasa macam baru 21 tahun...hehehehe...semoga tahun nie menjadi tahun yang penuh bermakna buat aku,my husb and my family...kerana bakal lahir seorang khalifah kecil didalam family kami...x sabar rasanya...aku bermohon kepada Allah semoga dipermudahkan segala-galanya bagi kami....Amin Ya Rabbal Al-Amin....

Friday, January 11, 2013

Happy New Year 2013

Selamat menyambut tahun 2013...walaupun dah 2 minggu tahun baru bermula....semuanya macam baru jek semalam berlaku....tahun nie adalah tahun bermakna buat aku kerana bakal melahirkan seorang khalifah di muka bumi ini...aku juga sentiasa berdoa semoga Allah S.W.T permudahkan segala urusanku semasa melahirkan zuriatku nanti....semoga zuriat yang bakal lahir menjadi anak yang soleh & solehah , InsyaAllah Amin....
bila kawan2 tanya apa perasaan aku....aku rasa macam-macam .....tak tahu nak digambarkan...takut,gembira, tak sabar nak tgk my new baby dan mcm2 lagi...., bercakap mengenai azam pulak...aku berazam nak jadi ibu,isteri dan anak yang terbaik buat semua insan yang aku sayangi serta menjadi pekerja dan sahabat yang terbaik....semoga apa yang kita azamkan akan terlaksana dengan jayanya...InsyaAllah...amin.....
~InsyaAllah tahun nie lepas habis berpantang kami akan berpindah ke dengkil~~ x sabar rasanya nak duduk rumah sendiri....

Wednesday, October 31, 2012

Doa Buat Anakku...

Bismillahirahmanirrahim...



'' Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperut ku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.
 
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah badanya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta Alam

Monday, October 29, 2012

Scan 3D





18.10.2012 - usia kandunganku hampir memasuki 25 weeks...jam 12.00 tghri appointment untuk buat scan 3d di Poliklinik Medi Nur Puchong Utama , Klinik ini hanya mengambil 2 patient sahaja sehari untuk buat scan 3d/4d sbb masa yang diambil untuk scan agak lama iaitu lebih kurang 1 jam diperuntukkan untuk 1 patient...mmg berbaloi dengan harga yang kita bayar..caj yg dikenakan rm100 .....dokt akan buat scan baby dari hujung kaki hingga kepala...mmg puas hati sangat...dan kita akan dapat tahu jantina baby kita ...tu yang ramai ibubapa excited nak tahu...& perkembangan baby...nak tengok muka baby...nak tengok cukup fizikal & sifat...Alhamdullilah baby ku sihat & cukup sifatnya....dan dah scan baby yg bakal lahir adalah baby boy.....Alhamdullilah aku x kisah sangat lelaki ke perempuan janji babyku sihat Waalfiat....dapatlah kami sepasang cahaya mata...InsyaAllah semoga Allah permudahkan segala-galanya...Amin...seronok sangat dapat tengok perkembangan dan muka bayi....semoga anak mama sentiasa sihat , menjadi anak yang soleh & solehah yang berguna kepada agama bangsa dan negara...

Thursday, October 25, 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha...


Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua umat Islam ........today hanya kami berdua girl yang kerja aku & kak nor ...
yang lain semua udah bercuti go back to village....tahun nie aku sambut raya haji kat rumah MIL ...sedih gak tak dapat balik kampung....tapi x pe sbb aku mmg tetiap bulan balik kampung pon.....untuk tahun depan aku planning adik beradik nak buat korban...tumbangkan lembu sekor masa hari raya aidiladha akan datang...semoga hajat aku and adik2ku terlaksana...InsyaAllah Amin....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...