Rasulullah saw pernah berpesan: “Agama seseorang ...itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.
Apakah ciri2 sahabat yang baik ? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
# Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
# Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
# Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
# Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
# Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
# Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
# Jka engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
# Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
# Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
# Jka engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
# Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
# Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
# Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
# Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
# Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
*copypastefromfbmummyaenmeletup*
0 comments:
Post a Comment