Friday, December 30, 2011
Two ladies only
Posted by N'daYu.. at 10:55 AM 0 comments
Thursday, December 29, 2011
2012...Bakal Tiba...
Syukur Alhamdulliah sepanjang tahun 2011 aku berjaya mengharungi onak ranjau berduri dalam kehidupan harian , sama ada kehidupan peribadi mahupun urusan kerja , dan aku amat bersyukur kerana diberi peluang oleh Yang Maha Esa untuk bernafas di muka bumi ini ....
Posted by N'daYu.. at 10:59 AM 0 comments
Tuesday, December 27, 2011
27 Disember 2011- SBPA
Alhamdulillah akhirnya...aku dah tandatangan borang SBPA dan Opsyen bersara....aku dah fikir dan setelah aku selesai membaca pekeliling perkhidmatan bil.11 tahun 2011 aku telah bersetuju untuk memilih skim yang baru ini....tapi untuk umur bersara aku masih kekal memilih 58 tahun...kerana ku rasa ketidaklaratan ku untuk bekerja bila aku dah tua nanti...sbb 30 tahun lagi untuk bekerja suatu waktu yang begitu pjg dan macam-macam boleh berlaku, entah kan ade insan ini lagi dimuka bumi ini atau pun tidak..semuanya Kuasa Yang Maha Esa....jikalau la umurku tidak pjg...aku ingin pemergianku disenangi oleh semua. wah macam nak tulis wasiat pulak da... korang dah sain ke????...fikir-fikirkan dan selamat menyain....:) ok bai....
Posted by N'daYu.. at 11:31 AM 0 comments
Friday, December 23, 2011
happy...:)
seronok sgt hari ini...sbb dapat jumpa member lama...kebetulan nak hantar kad jemputan nensi...so aku pun jumpa la baby...mira,sha & k.aiza...waktu lunch ambik baby terus je ke KPT...
kementerian pengajian tinggi...betul2 depan pullman, lama jugak la x jumpa diorg ...ape lagi klau dah berjumpa gamat ngan suara kami je la kat kafe tue....macam2 yang dibualkan dari bab personal sampai la ke bab keje...tapi masa terlalu mencemburui kami...terpaksa la kami beredar sbb jam dah pukul 2.15ptg...nak kena sambung keja semula jam 2.45ptg...lain kali kita jumpa lagi ye kengkwn...miss u all...:)
Posted by N'daYu.. at 2:38 PM 0 comments
Friday, December 16, 2011
Jamuan Perpisahan & akhir tahun 2011
Hari ini baru lah kami berkesempatan nak buat jamuan untuk staff dah lama meninggalkan BF2...sebab terlalu busy sgt...dan terlalu membusy body sampai lambat nak buat...lagi satu save bajet....buat sekali utk 3 org ..kan jimat...mentang2 la aku nie bendahari semua aku nak cut off.....ye la kena la berjimat cermatkan....tak pe korang tak payah risau tahun depan owg lain plak jadi bendahari coz aku dah naik pangkat ....wah naik pangkat la kan...gantikan SU kak fatiha...pastu aku plak yg membussy dan pening kepala cam dia dulu...bila sampai time audit SU la yg byk keje...itu nak update ini nak tukar ...semua la nak dipikirkan....lepas nie my turn pulak tak tahu la macamana kelam kelibut aku nanti....so wait n see la ....
ok la...berbalik pada citer jamuan tadi ...aku order makan kat eizie catering services di seri kembangan , kalau korang berminat boleh la contact number nie ..en rosli 012-2283855, no bad la rasa pun sedap jugak...lain kali boleh la order lagi...menu kami pada jamuan itu adalah nasi briayani, ayam masak merah, kurma daging, arca timun, buah tembikai ,papadom & air laici..satu kepala RM10.00 kira berbaloi la kan...mana nak dapat catering sekarang nie yang murah dan sedap kan...jom layan gambar dulu....
Posted by N'daYu.. at 2:02 PM 0 comments
Friday, December 9, 2011
Kontroversi Melanda BPP
Baru-baru ini Industri MUzik digemparkan dengan penarikan balik arward yang telah dimenangi oleh YUna dan diserahkan kepada Anuar Zain dengan lagu sedekit lebih..., tanpa ku sangka kontroversi itu merebak hingga ke pejabat aku...dasat sungguh itu kontroversi...iaitu piala dikir barat seksyen KP telah ditarik balik dan diserahkan kepada seksyen akaun....kuang..kuang..kuang...sesuatu yg memeranjatkan kerana kata nyer ade kesilapan dalam pengiraan markah yang dilakukan oleh juri dan pihak pengganjur....bagi aku ini mmg tidak patut berlaku dan sungguh tidak profesional langsung...benda yang sekecil ini pun x leh nak handle...dengan sempurna bukannyer markah pilih raya yang berjuta2 nak dikira ini hanya 2 angka pun susah ke..??? dimanakah kredibiliti pihak juri..?? kenapa pihak juri tidak memainkan peranan yg sepatutnya??? dan ada juga campur tangan pihak tertentu yang tidak paatut berlaku..?? sama2 la kita fikirkan...kami bukan tak boleh terima kekalahan tapi dengan apa yang dilakukan oleh pihak pengganjur kami mmg rasa sungguh terkilan...
diharap perkara sebegini tidak berlaku lagi pada masa akan datang....dan kepada pihak pengganjur sila ambik berat tentang perkara ini dan tolong jaga sensetiviti pihak yang menjadi mangsa...
Posted by N'daYu.. at 10:29 AM 1 comments