2 hari lagi dah nak masuk tahun 2012....usia pun semakin menganjak ke angka 30 thn...tapi ku rasa macam ke anak-anakkan lagi hehehe perasan muda uols ...... apa lagi azam dulu yang belum tercapai dan terlaksana ??? rasanya agak banyak jgk la...kita hanya merancang tapi yang menentukan adalah Allah S.W.T....
Syukur Alhamdulliah sepanjang tahun 2011 aku berjaya mengharungi onak ranjau berduri dalam kehidupan harian , sama ada kehidupan peribadi mahupun urusan kerja , dan aku amat bersyukur kerana diberi peluang oleh Yang Maha Esa untuk bernafas di muka bumi ini ....
Setiap tahun kita mesti akan memasang azam baru......azamku pada tahun 2012 ialah ingin merubah diri kearah kebaikan dan mencari kesempurnaan dalam kehidupan , nak jadi khalifah, anak ,ibu & isteri yang solehah dan juga ingin mendekatkan diri kepada Yang Maha Berkuasa.....
semoga apa yang kita azamkan akan tercapai...dan kita kena lah berusaha kearah itu...jangan hanya azam tinggal azam (peringatan untuk diri sendiri)
Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Berkuasa Engkau limpahkanlah Rahmat dan HidayahMU kepada hambaMu dan seisi keluargaku serta sahabat-sahabatku...semoga kami menjadi khalifah berguna didunia dan diakhirat kelak...Amin Ya Rabbal Al-Amin
0 comments:
Post a Comment