BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
Glitter Words


Glitter Words

Friday, May 25, 2012

Juara Netball 2012

Yeahhhh...!!!! Syukur Alhamdullilah akhirnya netball BPP JUARA....
buat pertama kali nya dalam sejarah... BPP berjaya mengalahkan Jabatan Akauntan Negara (AG) yang terkenal dengan otai-otainyer...agaknya otai2 tu dah patut pencen pilihan kot...hehehehe....
and kepada semua player netball BPP uols memang HEBATTTTTTTT...................teruskan usaha anda...& cuba mengekalkan kejuaraan itue....:) love uols.~~~~

Thursday, May 3, 2012

seronok betul kak long akhirnya impian untuk memiliki kereta sendiri tercapai biarpun hanya kereta secondhand janji dia puas hati.. beli ngan titik peluh sendiri...dah tentu la berbangga kan...


lepas nie x payah la berhimpit lagi klau nak jalan raya kan...semua dah memiliki kenderaan sendiri...so lepas nie semua boleh konvoi jln sama-sama....suka..suka...i likeee.....:)

Thursday, April 19, 2012

Tonsil lagi...

~~~gambar ehsan dari cik google~~~~
tahun nie dah 2 kali aku kena sakit tekak a.k.a tonsil membengkak dan jangkitan kuman ...sbb apa ia nya terjadi pun aku x tahu...(sudah suratan...ku terima dengan redha) first time kena bulan jan dan kali nie bulan april kena lagi.....kak sifu pernah ckp kat aku , sejak masuk ke angka 3+ nie kerap pulak x sihat nyer....mmg betul pun baru aku perasan kan...antibodi aku dah semakin lemah...sbb senang sangat diserang penyakit....selsema jgn cakap la..kalau org lain dah kena virus tue...2 tiga hari pastu aku plak yang berjangkit....klau dulu mmg payah la nk jangkit....lagi satu faktor persekitaran tempat kerja...sbb aku bekerja dengan fail- fail yg usianya lebih tua dari aku...kira four & five series la...mmg la berhabuk yg amat....penapis kat tekak & hidung aku nie pun dah naik nipis nak menapis segala mcm habuk...., tapi dah nama nyer kerja...aku buat jugak la...demi mencari sesuap nasi...kasi pagi mkn pagi kais petang makan petang ...ehhh...dah macam ayam plak berkais-kais ...hehehe...

Saturday, March 31, 2012

SenyumLAH Walaupun Dirimu Disakiti~~~

Kadang-kadang orang yang paling gembira itu adalah orang yang paling sedih sebenarnya.. Kenapa?
Kerana dia sedang menyembunyikan kesedihan dengan gelak tawanya tanpa orang lain menyedarinya.. :)

:: ♥ :: maafkanlah,walaupun hati tak mampu bertahan..''
:: ♥ :: maafkanlah,walaupun hati terpaksa menanggung keperitan..''
:: ♥ :: maafkanlah,walaupun hati berkata tidak..''
:: ♥ :: maafkanlah,walaupun hati ini selalu disakiti..''
:: ♥ :: maafkanlah,walaupun hati merasa terpaksa..kerana dengan sebuah kemaafan dapat memberi kesejahteraan,kebahagiaan,keindahan & ketenangan dalam kehidupan kita..insyaAllah..'
♥ Berterima kasihlah pada orang yang telah MELUKAI hatimu kerana dia telah membuat hatimu kuat.
♥ Berterima kasihlah pada orang yang telah MEMBOHONGImu kerana dia membuat hidupmu makin bijaksana.
♥ Berterima kasihlah pada orang yang telah... MEMBENCImu kerana dia yang mengasah ketegaranmu.
♥ Dan berterima kasihlah pada orang yang telah MENYAYANGImu kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu.
MORAL: ALLAH LEBIH TAHU APA YANG TERBAIK.....

~~~copypastedrfbsenyumlahwalaupundirimudisakiti~~~i like~~

~✿ Kegagalan bukan bererti ~✿

~✿ Kegagalan bukan bererti aku orang gagal, itu hanya bererti aku belum berhasil, ~✿..Kegagalan bukan bererti aku tidak mencapai apapun, itu hanya bererti aku sudah mempelajari sesuatu,
~✿..Kegagalan bukan bererti aku orang bodoh,itu hanya bererti aku punya keyakinan untuk mencuba
~✿..Kegagalan bukan bererti aku medapat malu, itu hanya bererti aku berani berusaha ~✿..Kegagalan bukan bererti aku ...harus menyerah kalah, itu hanya bererti aku harus berusaha lebih keras lagi
~✿..Kegagalan bukan bererti aku tidak akan berhasil, itu hanya bererti aku perlu kesabaran lebih banyak
~✿..Kegagalan bukan bererti Tuhan telah meninggalkanku, itu hanya bererti Dia memiliki gagasan yang jauh lebih baik.
~✿..Kegagalan bukan bererti aku tidak memiliki apa yang aku inginkan. itu hanya bererti aku harus melakukan sesuatu dengan cara yang berbeza untuk memilikinya,
~~~~✿copypastedrfbcantikehodohygpentingsayaadaygsyg~~~~~~~✿

Wednesday, March 28, 2012

Serba SaLaH

Hari nie perasaan aku bercampur baur...serba salah jadinyer...nak diteruskan atau pun berundur sahaja....
tapi berat disudut hatiku untuk mengundurkan diri...by by ot
~~~apabila seseorang itu menegur kesilapan kita ..itu bermakna dia sayangkan kita~~~
renung-renungkan dan selamat beramal..:)

Tuesday, March 20, 2012

Perhimpunan Bulanan Mac 2012








Syukur Alhamdullilah dengan rezeki dan nikmat yang diberikan.....aku telah dipilih antara 3 pekerja cemerlang bulanan bagi Perhimpunan Bulanan Bulan Mac baru-baru ini....terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam pemilihan ini dan tq jugak kepada my bosss yang nampak segala hasil kerja aku selama ini......walaupun banyak mulut2 yang berkata -ve...., kadang kala kata2 diorang amat memedihkan tapi aku anggap itu semua asam garam dalam dunia pekerjaan.... aku fikir +ve je...semoga +ve jugak akan datang pada diriku...dan kepada sahabat2 dan adik2 aku doakan semoga suatu hari nanti korang jugak akan dapat mencapainya...berusahalah untuk menjadi pekerja yang cemerlang dan berdisplin....ingat la kata-kata ku ini tiada seorang manusia pun yang sempurna tapi kita kena berusaha untuk mencari kesempurnaan itu...
~~~* usaha tangga kejayaan*~~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...