BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
Glitter Words


Glitter Words

Friday, December 30, 2011

Two ladies only



ye..ye.. mmg tinggal aku berdua jek ngan alia ...girls lain bercuti dan macam2 emergency yang x dapat nak dielakkan......terasa sunyi kelu seribu bahasa untuk berkata-kata....ye la kalau nak kata pun ngan sapa ...??? nak cakap ngan fail2 & surat2 yang bisu & pekak ...erhmmmm.....x pe la aku tutup telingga guna earphone dengar hotfm lagi bagus ...boys mmg ade tapi diorg dengan dunia diorg la kan...mcm biasa ......otak ku mula berfikir macam-macam .....nak mkn ape???...nak keluar ke tak..???.x pun pegi je jenjalan kat depan nie ngan kak fatiha sbb kat depan opis nie ade buat "sesuatu" siap ade khemah bagai...aku pun x tau ape ke benda yang diorg nak buat...pagi tadi lalu ade jugak terpandang banner yg dipasang ditepi jalan rasanyer macam pesta buku dan.... entah la x berapa nak perasan apa yg ditulis...aku tanya bdk kat opis nie diorg cakap nak buat sambutan tahun baru...ye la kan tahun baru bakal menyelma 1 day only....the date was coming...jeng..jeng....jeng...



aku & husb ade gak rancang nak pegi tengok bunga api kat putrajaya nak bawa sicomel sayang ...dan kitorang nak stay kat my own house kat dengkil....rasa tenang jek kan ......only we...:)...

Thursday, December 29, 2011

2012...Bakal Tiba...



2 hari lagi dah nak masuk tahun 2012....usia pun semakin menganjak ke angka 30 thn...tapi ku rasa macam ke anak-anakkan lagi hehehe perasan muda uols ...... apa lagi azam dulu yang belum tercapai dan terlaksana ??? rasanya agak banyak jgk la...kita hanya merancang tapi yang menentukan adalah Allah S.W.T....


Syukur Alhamdulliah sepanjang tahun 2011 aku berjaya mengharungi onak ranjau berduri dalam kehidupan harian , sama ada kehidupan peribadi mahupun urusan kerja , dan aku amat bersyukur kerana diberi peluang oleh Yang Maha Esa untuk bernafas di muka bumi ini ....


Setiap tahun kita mesti akan memasang azam baru......azamku pada tahun 2012 ialah ingin merubah diri kearah kebaikan dan mencari kesempurnaan dalam kehidupan , nak jadi khalifah, anak ,ibu & isteri yang solehah dan juga ingin mendekatkan diri kepada Yang Maha Berkuasa.....



semoga apa yang kita azamkan akan tercapai...dan kita kena lah berusaha kearah itu...jangan hanya azam tinggal azam (peringatan untuk diri sendiri)


Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Berkuasa Engkau limpahkanlah Rahmat dan HidayahMU kepada hambaMu dan seisi keluargaku serta sahabat-sahabatku...semoga kami menjadi khalifah berguna didunia dan diakhirat kelak...Amin Ya Rabbal Al-Amin

Tuesday, December 27, 2011

27 Disember 2011- SBPA

Alhamdulillah akhirnya...aku dah tandatangan borang SBPA dan Opsyen bersara....aku dah fikir dan setelah aku selesai membaca pekeliling perkhidmatan bil.11 tahun 2011 aku telah bersetuju untuk memilih skim yang baru ini....tapi untuk umur bersara aku masih kekal memilih 58 tahun...kerana ku rasa ketidaklaratan ku untuk bekerja bila aku dah tua nanti...sbb 30 tahun lagi untuk bekerja suatu waktu yang begitu pjg dan macam-macam boleh berlaku, entah kan ade insan ini lagi dimuka bumi ini atau pun tidak..semuanya Kuasa Yang Maha Esa....jikalau la umurku tidak pjg...aku ingin pemergianku disenangi oleh semua. wah macam nak tulis wasiat pulak da... korang dah sain ke????...fikir-fikirkan dan selamat menyain....:) ok bai....

Friday, December 23, 2011

happy...:)

seronok sgt hari ini...sbb dapat jumpa member lama...kebetulan nak hantar kad jemputan nensi...so aku pun jumpa la baby...mira,sha & k.aiza...waktu lunch ambik baby terus je ke KPT...
kementerian pengajian tinggi...betul2 depan pullman, lama jugak la x jumpa diorg ...ape lagi klau dah berjumpa gamat ngan suara kami je la kat kafe tue....macam2 yang dibualkan dari bab personal sampai la ke bab keje...tapi masa terlalu mencemburui kami...terpaksa la kami beredar sbb jam dah pukul 2.15ptg...nak kena sambung keja semula jam 2.45ptg...lain kali kita jumpa lagi ye kengkwn...miss u all...:)

Friday, December 16, 2011

Jamuan Perpisahan & akhir tahun 2011

Hari ini baru lah kami berkesempatan nak buat jamuan untuk staff dah lama meninggalkan BF2...sebab terlalu busy sgt...dan terlalu membusy body sampai lambat nak buat...lagi satu save bajet....buat sekali utk 3 org ..kan jimat...mentang2 la aku nie bendahari semua aku nak cut off.....ye la kena la berjimat cermatkan....tak pe korang tak payah risau tahun depan owg lain plak jadi bendahari coz aku dah naik pangkat ....wah naik pangkat la kan...gantikan SU kak fatiha...pastu aku plak yg membussy dan pening kepala cam dia dulu...bila sampai time audit SU la yg byk keje...itu nak update ini nak tukar ...semua la nak dipikirkan....lepas nie my turn pulak tak tahu la macamana kelam kelibut aku nanti....so wait n see la ....
ok la...berbalik pada citer jamuan tadi ...aku order makan kat eizie catering services di seri kembangan , kalau korang berminat boleh la contact number nie ..en rosli 012-2283855, no bad la rasa pun sedap jugak...lain kali boleh la order lagi...menu kami pada jamuan itu adalah nasi briayani, ayam masak merah, kurma daging, arca timun, buah tembikai ,papadom & air laici..satu kepala RM10.00 kira berbaloi la kan...mana nak dapat catering sekarang nie yang murah dan sedap kan...jom layan gambar dulu....


tetamu yg dirai..aziz & kak fatiha..shahril lum smpai kami on dulu


kak mala ...macam nak berkawat...sedia...barisss sedia...




cenderahati sbg tanda kenang-kenangan...


aziz pun dapat jugak tau....walaupun keje kat sini 7 bulan jek...janji yuran bayau..dapat le..


chis kek sponser by pok nik..


makan time...muka-muka yang kelaparan...

kak ....why u face like that.????


potong kek


nie dia hadiah kak fatiha yg banyak ...smpai x cukup tangan...

ade budak...jep tlg pegangkan...

Friday, December 9, 2011

Kontroversi Melanda BPP

Baru-baru ini Industri MUzik digemparkan dengan penarikan balik arward yang telah dimenangi oleh YUna dan diserahkan kepada Anuar Zain dengan lagu sedekit lebih..., tanpa ku sangka kontroversi itu merebak hingga ke pejabat aku...dasat sungguh itu kontroversi...iaitu piala dikir barat seksyen KP telah ditarik balik dan diserahkan kepada seksyen akaun....kuang..kuang..kuang...sesuatu yg memeranjatkan kerana kata nyer ade kesilapan dalam pengiraan markah yang dilakukan oleh juri dan pihak pengganjur....bagi aku ini mmg tidak patut berlaku dan sungguh tidak profesional langsung...benda yang sekecil ini pun x leh nak handle...dengan sempurna bukannyer markah pilih raya yang berjuta2 nak dikira ini hanya 2 angka pun susah ke..??? dimanakah kredibiliti pihak juri..?? kenapa pihak juri tidak memainkan peranan yg sepatutnya??? dan ada juga campur tangan pihak tertentu yang tidak paatut berlaku..?? sama2 la kita fikirkan...kami bukan tak boleh terima kekalahan tapi dengan apa yang dilakukan oleh pihak pengganjur kami mmg rasa sungguh terkilan...
diharap perkara sebegini tidak berlaku lagi pada masa akan datang....dan kepada pihak pengganjur sila ambik berat tentang perkara ini dan tolong jaga sensetiviti pihak yang menjadi mangsa...

Monday, October 24, 2011

~Bersahabat bukan 1 Hari je~



Rasulullah saw pernah berpesan: “Agama seseorang ...itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.



Apakah ciri2 sahabat yang baik ? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:



# Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.

# Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.

# Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.

# Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.

# Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.

# Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

# Jka engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.

# Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.

# Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

# Jka engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.

# Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.

# Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.

# Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.

# Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.

# Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.


*copypastefromfbmummyaenmeletup*

Wednesday, October 19, 2011

Buat Dek jek....

Kadang kala aku rasa kat dalam ini ........... hanya ade aku and ..... ..sbb ape aku cakap macam tue sbb nyer owg lain buat x tau je...yg kami nie berhempas pulas nak update itu ini...diorg boleh buat dek ajer....macam x ujud dalam ini .........., hangin la kan...boleh buat bodoh jek.....apa lagi nak ringan kan tangan nak menolong...bila mintak tolong baru la nak tolong x boleh ke korang nie ringgan kan sikit mulut & tangan tu menolong ...ape yang patut...pastu jgn cakap "tak tau la..macam mana nak buat" tu lagi satu ayat yg aku menyampah....klau x belajar macamana nak pandaikan...sampai ke tua la ko x tau...jangan jadi seperti pahat dengan penukul....orang yang hanya bekerja apabila diperintah atau disuruh.......so sengalllll........
* minta maaf la klau ade yg terasa tapi ini hanya la luahan hati kecilku....

Thursday, October 13, 2011

‎10 KELEBIHAN COCA COLA????


" Fakta seperti yang tersenarai
dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains
kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia
mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam
kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2
gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku
kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba
tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah
diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang
dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama
sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan
selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang
dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian
untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh
tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta
jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan
Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan
'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin
Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.


5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6.Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin
Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa.
Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi
berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/
melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna
tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8.Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh
meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti
suka ni!Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan
tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit
osteoporosis.Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam
lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti
dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis
: bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan
untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta
berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah
bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

9.Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin
lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

10.Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh
kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntahKenapa Orang Yahudi Tak Minum Coke dan Pepsi Disampaikan
oleh seorang sahabat.....

Assalamualaikum kengkawan... last weekend, ada
ustazah usrah kami beritahu... masa dia belajar kat. mesir dulu, dia
punya lecturer ada cerita... dulu ada sorang mamat yahudi ni datang
egypt to study the muslims' lifestyle kat sana setelah serangan secara
fizikal ke atas umat Islam tak berjaya. dia nak carik jalan untuk serang
cara lain. tapi Alhamdulillah, dia telah diberi hidayah semasa dia dok
study umat Islam kat mesir tu. dia beritahu lecturer ustazah ni, one of
the things the jews do untuk hapuskan keturunan umat Islam is to produce
coca cola & pepsi yang di dalamnya ada chemical to retard the
reproduction organs for both men & women. menurut mamat tu, kat
israel tak ada jual coke & pepsi sbb diorg tahu apa kandungan kat
dalamnya and since jew is agama keturunan, diorg tak nak le mandul!
kalau korang pernah terima forwarded email pasal bertapa cidicnya coke tu sampai boleh dissolve tulang & gigi (calcium containing compounds) and boleh buat cucitoilet!and for ladies, kalau minum coke boleh cause menstruation if you're a
wee bit late.

so kalau minum banyak & atthat time baru lekat
zuriat, ada chances keguguran le, kan ? Therefore, untuk kemakmuran umat
Islam & untuk kesihatan & untuk tak support jewish companies, Masih
tidak pasti kesahihan artikel ini, namun jika ia benar bayangkan
apabila ia masuk kedalam perut kita, bertambah sihatkah kita.. jika
tidak benar pun lebih baik menjauhi, bukan kerana kesihatan sahaja malah
untuk agama kita..

Jadi sahabat seperti dia....

Sesekali jadilah kawan yang mendengar

dari yang hanya bercerita.

Ambillah masa untuk memahami hati

dan perasaan kawan.

Kerana dia juga seorang manusia.

dia juga ada rasa takut,

Ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan

dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu.

Kita selalu melihat dia ketawa,

tapi mungkin sebenarnya

dia tidak setabah yang kita sangka.

Di sebalik senyumannya itu,

mungkin banyak cerita sedih

yang ingin diluahkan.

Di sebalik ketenangannya,

mungkin tersimpan

seribu kekalutan.

Kita tidak tahu....tetapi

jika kita cuba

Jadi sahabat seperti dia

mungkin kita akan tahu.

Friday, October 7, 2011

Makan...makan..dan makan

Asyik makan je kan...mcmana la bdn nak slim melim...hari nie unit aku buat makan-makan...apa lagi menu nyer klau x nasi lemak ...masing2 poklak sorang sikit bawak bhn2 yang dah siap di masak dari rumah...kat opis cuma masak nasik je la....kali nie aku cuma bawak timun 2 btg...(boleh gitu) hahaha cuma timun dan periuk jek aku bawak....pemalas kan aku nie....eh...eh..mana ade pemalas cuma kurang kerajinan jek....dulu aku bawak telur rebus tu pun tertinggal ...so aku paksa la laki aku suruh hantar jgk kat opis nie heheheh (jahatkan) x la bukan paksa tapi mintak tolong en hubby hantar ke mari....kesian dia sampai lewat masuk opis....heheheh...TQ en hubby...berbalik pada citer tadi....so ke kenyang la kami makan...next time we do it againts ye...ok..da...da...aku nak gi solat dah no time to blogging.... jap lagi nak buat gotong royong pulak...wah nampak cam rajin je kan unit aku nie...mmg diaorg rajin ponnnn...hahahah ok la...by

Wednesday, October 5, 2011

Beribu Sesalan - Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila

Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi

Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri

Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Beribu sesalanku

DerMa Darahhh.......








Jom la kita beramai-ramai menderma darah...setitik darah yang didermakan boleh menyelamatkan sejuta nyawa...wah ayat mmg power la speaker bpp nie....4 Okt 2011 BPP telah berkerjasama dengan Pusat Darah Negara (PDN) & Kajang Plaza Medical Center (KPMC)menjalankan kempen derma darah dan pemeriksaan kesihatan secara percuma..ianya berlangsung di opis kami...so aku dengan murah hati telah mendermakan darah ku bagi menyelamatkan nyawa insan yg bernama manusia....dulu mmg aku takut sangat nak derma darah macam2 la aku dengar owg kata lepas derma darah badan akan naik...berat naik la tue...selera makan bertambah la...mcm2 la...tapi itu semua TAK Betul ok....kita akan rasa segar& sihat ..dan darah yg diderma tu akan diganti dengan sel plasma darah yg baru oleh tubuh kita sendiri ......tapi nak derma pun kena ade syaratnya jugak.....antara syarat2nya ialah :

Anda hendaklah sihat pada hari menderma


Berumur di antara 18-60 tahun.
Bagi yang berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga.
Bagi yang berumur 61-65 tahun, perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada doktor mengenai tahap kesihatan badan.
Berat badan melebihi 45 kg.
Tidak mengandung atau datang bulan dan tidak menyusukan anak scr sepenuh masa
Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.
Tiada masalah kesihatan.
Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan
Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan
Telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak berpuasa)
Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti seks bertukar-tukar pasangan, hubungan seks sejenis atau kedua-dua jantina, hubungan seks dengan pelacur atau pekerja seks komersial, salah guna dadah dan menjadi pasangan kepada golongan tersebut.


Tidak boleh menderma darah dalam tempoh kurang dari 3 bulan selepas menderma..




tapi sebelum tu nurse akan buat check-up tekanan darah kita , check kumpulan darah apa..A ke B ke...dll...setelah diakui sihat barulah kita boleh menderma.... so rajin2 la menderma...setitik darah amat bermakna kepada insan yang memerlukan....:)

Thursday, September 29, 2011

kesian anak mama....

Rutin si kecik ...tiap-tiap ptg aina mesti nak keluar jln2 kat depan rumah...
Jumpa kawan dia..ramai la budak-budak main2 kat situ...mak2 plak duk melepak...bergosip la agaknya kan....
aina nie kalau berjalan mesti mcm nak berlari,laju semacam jek .... Nak jadikan cerita tetiba dia dgr bunyi enjin motor dia pun nak berlari menuju ke arah aku....apa lagi tergolek la jatuh..meluncur kedepan...abis lebam kepala & pipi dia berdarah kena tar jalan...nangis la...mau tak sakit ...kesian anak mama....aku cuci luka pun dia nangis...sapu minyak gamat...bagi susu terus tertido dlm kesakitan...kesian anak mama...sabar ye sayang, lain kali jln elok2 tau...;-)

Cer Citer Open House kami....24 sept 2011

Abis dah raya ...semalam last syawal...tapi ade jugak yang akan terlajak buat open house untuk minggu nie...bercerita pasal open house...Alhamdullilah open house rumah kami berjalan lancar,ade penambahan menu pada asalnyer perancangan kami nak masak nasi minyak, ayam masak merah, daging masak kurma,acar timun,nasi impit, kuah kacang, agar-agar santan & mee kari....tapi last-last my MIL nak masak rendang ayam kampung & pulut kuning...so berhempas pulas la kami memasaknyer...balik je keje jumaat lalu aku terus tukar t-shirt & seluar bersilat kat dapur sampai pukul 2 pg..mlm tu kami rebus daging nak masak kurma.goreng ayam & garing kan cili utk menu esoknyer...takut x sempat ye la ayam dah 15 ekor...start goreng pukul 9 hingga dekat pukul 12 tengah mlm baru abis tu pun buat 2 tempat goreng...pastu garingkan cili pula...Esoknyer mula la kami memasak ....dah abis semua menu yg di masak last sekali nak masak nasi...so kami gunakan periuk nasi yg guna gas...memula aku petik gas x nyala..pastu aku & adik angat la itu periuk ..pastu petik sekali lagi...POWWWWW...api gas menyambar kat muka & rambut aku...tangan pun kena sikit...aku terus lari kat mak...mak suruh basahkan dgn air...terasa pedih....(dalam hati abis la hangus muka aku,....rambut ku terasa kerinting hangus la sikit kat depan...pastu aku ambik ais tuam kat muka...muka aku mula merah...aku sapu krim kat muka & tangan ....tuam lagi smpai rasa lega sikit....tapi masih terasa pijaunyer...gila betul la gas nie...takut aku dibuatnyer...kalau la api tu menyambar kat baju mau terbakar time tu...Syukur kepada Allah....cuma kat hidung aku aje yg melecur sikit...rasa terkejut tu masih ade...rasa macam x berani lagi aku nak guna dapur nasi gas....fobia kejap...smpai skrg idung aku masih terasa sakit...tapi aku bersyukur sangat-sangat kepada Allah S.W.T.. dan terima kasih jugak ku ucapkan kepada sahabat2 dan tetamu2 yang sudi datang ke rumah kami..thank ye ila & family,alia,jep,kak fatiha & husb, wan & tunang, jijah, hyeera & husb dan all of u....tqvm...:)

Monday, September 26, 2011

Competition untuk si comel

Mama telah di invite berkali-kali oleh cik tulip untuk masuk ini Competition Blackmores Our Best Moments so berhempas pulas la mama mengupload gambar si comel aina untuk di undi ...senang sahaja cara nak undi anda hanya perlu click likessss kat link ini ....http://www.ourbestmoments.com.my/gallery-details/90789 sila la click tiap-tiap hari ye kawan-kawan...~~click dekat gambar love ~~terima kasih...muah..muah...:)

Gambar yang telah diupload untuk di click LIKESSS.....

Jamuan Raya MOF & BPP (KP)

Seronoknyer beraya..kan....minggu lalu 15 sept 2011 Mof buat jamuan hari raya...meriah sungguh dan tersanggat la padat ngan mahkluk2 bernama manusia...kat mana ade makanan kat situ la ramai org...dah macam mangsa kelaparan kat somalia dah aku tengok berebut-rebut nak ambik makanan ..padahal baru je puase sebulan kan....kalau setahun lagi azab kot...heheheh...same la den...pastu the next week 23 sept 2011 jamuan raya kat seksyen aku iaitu Seksyen Khidmat Pengurusan....mengikut perancangan awal kami nak buat sendiri2 kat unit kami, sibuk la nie mencari katering mana yg sesuai dah comform segala bagai....last2 cc balik meeting cakap kena buat dengan seksyen sekali...hampeh betol la...... SO kami ditugaskan untuk buat kad jemputan for ketua-ketua seksyen ..... dah selesai satu tugas kini tugas untuk menghias gerai pula..unit kami kena jaga gerai lemang & roti jala..ada Competition gerai tercantik....berhempas pulas la menghias akhirnya...............wah congratulations kami berjaya mendapat tempat ke-2....juara dimenangi oleh unit kewangan, tempat ketiga unit Sumber manusia, keempat kaunter pusat dan yg last unit mel....x pe tempat last pun dapat jugak hamper kira adil la kan.....jom layan gambar kami kat bawah nie...kami kan suka posing...:)



~ JAMUAN DI MOF~



jauh perjalanan luas pemandangan & sakit kakiku..


berconvoi kami berjalan menuju ke mof...


sementara nak tunggu PM smpai kami post dulu la...








ape la yg di bualkan tu kak oiii



ini la makhluk yg dimaksudkan...ramai lagi yg kat luar nun



ketibaan YAB PM kita...dikerumuni oleh makhluk2 yg ada...



anatara menu yg sempat kami ambil...



ayam percik...





~


~


~GAMBAR DI BPP~


deko bersama cc hera...










siap je deko kita bergambar...






ini la hasilnya..... no. 2 tau...jgn jelesss...





pemenang no.4 -jual ice-cream tradisional




Juara gerai tercantik.....(dlm hati cantik ke??? heheheh jgn marah ye)





me & chris...




meriah dengan gerai masing-masing







alia ..malu2 disapa SBR...





alia & jepperi....







we ouls & SBR Datuk Shuib





me & ila aka cik tulip





Gadis Melayu Terakhir...











Juri Pn.Hajah Noriah melawat gerai kami






my boss En. Lah...












nie la rupanya hyeera kalau dah kenyang ...heheehe





masa untuk membuka hamper.....

Tuesday, September 20, 2011

Open the House...

Selamat Pagi semua...semoga kalian semua ceria dan berbahagia selalu....tiap-tipa minggu bussy dgn open house kan..maklumla bulan syawal dah nak sampai ke penghujung..lagi ramai la owg berlumba-lumba nak buat open house...termasuk la aku & family.....ok la aku straight to the point...sebenarnyer aku nak jemput uols datang open house rumah aku kat pj .....ari sabtu nie 24/9/2011 bermula jam 2.00 ptg hingga lauk habis.....semoga kehadiran korang dapat memeriahkan kan lagi majlis kami...:) dtg tau....

Wednesday, September 14, 2011

Kisah Dongeng....

Kisah Dongeng - Stacy

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja
Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hibaKu harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja ....

Bersemangat ko ye.....

Hari ini aku begitu bersemangat nak semak 'bundle" aku...hehehe...setelah 2 minggu x check disebabkan kemalasan dan keseronokan nak bercuti raya aku biarkan bundle ku bertambah hari demi hari......hajatku nak semak ini bundle dari hari isnin ku postponed hingga ke hari rabu...coz mood x elok .....korang ingat nak check bundle x perlukan mood ke....perlu tau..klau tak jgan harap la benda ala tu nak bergerak...tercongok la bundle tu disisi kanan meja aku....setelah berhempas pulas akhirnya...bergerak la sikit baki surat dlm bundle aku....aku berjaya mengeluarkan 16 keping surat. utk ke seksyen iaitu (sk) la kan...aku mmg suka klau (sk) nie ..kawan2 aku pun suka sgt klau surat masuk (sk) ...betol tak kawan2..klau setuju sila angkat kaki.....x pe walau pun jumlah nya x la sebesar mana tapi aku tetap puas hati......ape la yg aku merepek meraban nie....sbenarnya aku nak update and share pic raya tapi ..gambau semua kat dlm kamera my hubby x copy lagi...nanti la ye aku update pasal raya plak ..ok bye....chow chin chau....:::::)

Tuesday, September 13, 2011

PesaN Pada Diri....

Pesan pada DIRI,
jgn tersalah memberi HATI pd insan yg tak sudi, pd insan yg tak mengerti..
krn skali kita memberi, selamanya dia di HATI.
Skali kita dilukai, sampai bila2 tetap kita ingati.
Pesan lagi pada diri, hati2lah mmberi HATI
sbab ia hanya utk insan yg tahu mghrgai btapa tngginya nilai skeping HATI.
HATI & PERASAAN ini hanya utk yg MENYINTAI & MENYAYANGI kita dgn SEIKHLAS HATI ♥

*nukilan sahabatku mardhiana....

Moood x elok....

hari nie mood aku rasa macam nak marah jek...letih pun ade...fail agak banyak jugak dari biasa...pastu banyak pulak yang salah tarik fail...lagi la mood benggang aku plak yg datang.....tolong la wahai pencari2 fail tengok la nombor dan nama peminjam tu betul2 sebelum tarik ye...please be careful ok....jgn nak cepat jek tapi qualiti hampeh....aku pun tak tau kenapa la mood aku ari nie rasa macam x tentu arah....mula la aku rasa macam nak marah jek klau ade yg x kena ...Ya Allah Ya Tuhanku Kau berikan lah kesabaran kepada hambamu ini...semoga hati ku kembali tenang.....Amin...

Friday, August 26, 2011

LastDay Keje....." Selamat Hari Raya "



Hari nie last day aku keje ...aku ambik cuti selamat 4 hari bermula 29 Ogos hingga 6 Sept ...raya sakan la wei. Tahun nie giliran aku beraya di sini ...huhuhu....(dalam hati kalau beraya kat kampung kan best) nak buat mcmana kena la ikut giliran baru la adil yok....tapi raya kedua aku dah cabut blk kpg aku plak kans....Dikesempatan nie aku nak menyusun sepuluh jari ...(x cukup jari tangan, aku + jari jerami kakiku yang ada heheheh gurau jek...) nak mohon ampun dan maaf jika selama aku berblogger disini aku menggunakan bahasa2 yang x sepatutnya...hingga menguris perasaaan owg yang membacanya,,, dan kepada sahabat-sahabat seperjuangan ku aku juga ingin memohon maaf jika sepanjang persahabatan kita aku ade terkasar bahasa , tersilap kata.....terngumpat....terpukul...termakan....terambil.....dan mcm2 ter....la...aku pun dah terlupa....aku mohon ampun dan maaaaaafffffffffffffffffffff zahirrrrrrrrr & Batinnnnnnnnn..............:)
Pandu dengan selamat semoga kalian selamat sampai kekampung halaman and back to work ok....hayati pantun ini dengan berhemah....

Buah pauh ditengah bendang

Jadi dagangan ditengah kota

Saudara jauh datang bertandang

Bermaaf-maafan sesama kita

Sungguh rendang pohon rumbia

Tempah persingahan si anak kera

Ketupak rendang sudah tersedia

Jemputlah semua menjamu selera

Sungai disusur sehari-hari

Dalam gelap menangkap ikan

Kami menyusun sepuluh jari

Salah dan silap harap maafkan

Disisir diandam dengan cekap

Potong rambut pelbagai gaya

Puasa sebulan sudahlah lengkap

Kita menyambut Hari Raya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...