Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri.
Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.
Semua orang pasti mahukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya.
Benarlah kata-kata hikmah yang selalu kita dengar iaitu "sahabat yang tidak jujur itu ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.Sahabat yang setia itu bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah."
Sahabat yang baik adalah sahabat yang boleh menasihati sahabatnya jika sahabatnya tersasar dijalanNya...
dan sahabat yang boleh menerima nasihat sahabatnya ke arah kebaikan ....
Sahabat yg boleh mengingatkan kita apabila kita lalai...
Sahabat yang boleh berkongsi suka dan duka bersama-sama ...
Sahabat yang boleh menjaga aib sahabatnya sendiri..
Seketika ku teringgat pada bait-bait lagu teman sejati...nyanyian kumpulan brothers
No.12 nak bertunang...
4 years ago
0 comments:
Post a Comment